#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

12 November 2013

COMANGO : Kes 'Sodomi' Anwar pun dibangkitkan dalam laporan. KLIK baca ni!


Dalam laporan pertamanya kepada PBB, COMANGO menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum 8 Mac 2008 (sebelum Pilihan Raya Umum ke-12) telah meminda perlembagaan negara untuk kepentingan kelompok tertentu.

The Becket Fund merujuk terhadap undang-undang Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa selari. Bukan Islam di bawah Mahkamah Sivil manakala masyarakat Islam di bawah Mahkamah Syariah.

Namun, The European Centre for Law and Justice (ECLJ) melaporkan Mahkamah Sivil beransur-ansur menyerahkan kuasa kepada Mahkamah Syariah apabila melibatkan masyarakat Islam yang bertalian dengan bukan Islam.

Sekyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan dengan kes liwat (sodomi) turut dibangkitkan secara khusus dalam laporan itu.

COMANGO menuduh pendirian kerajaan diadaptasi oleh kumpulan konservatif agama telah mendiskriminasi golongan bukan heteroseksual (LGBT) dengan memberi contoh berikut :

a) Seksyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan seks oral dan dubur di kalangan orang dewasa yang bersetuju melakukan perbuatan itu (consensual adults) boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

b) Seksyen 377D Kanun Keseksaan perlakuan seks (liwat) orang dewasa yang bersetuju (consensual adults) walaupun di dalam rumah mereka, hak milik privasi mereka, namun ia boleh dihukum dengan hukuman penjara sehingga 2 tahun.

c) Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 memperuntukkan kesalahan kelakuan tidak senonoh termasuk etika berpakaian. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda mana-mana antara RM25 hingga RM50.

d) Undang-undang Syariah menghukum golongan homoseksual dan perbuatan homoseksual. Ia menafikan hak umat Islam (majoriti mereka adalah Melayu) dalam kebebasan bersuara, berfikir, perasaan hati, agama atau kepercayaan.

Undang-undang Syariah juga termasuk kes zina (hubungan seks dengan orang yang bukan pasangan anda yang sah) dan lelaki berpakaian berpakaian wanita. 

Mereka boleh didakwa di bawah pelbagai enakmen Syariah kesalahan jenayah yang menyediakan hukuman dari RM800 kepada RM3000 dan / atau penjara.

Kes Anwar Ibrahim

Laman LGBT Asia, fridae.asia menyebut 3 daripada 11 laporan dari Malaysia menyatakan tentang Seksyen 377A.

Ketiga pihak itu adalah Amnesty International, ILGA ((International, Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association) dan COMANGO.

Namun bagi kes Singapura, lapor fridae.asia, Seksyen 377A hanya dibangkitkan oleh kumpulan ‘civil society’ iaitu PLU (People Like Us/LGBT) dan COSINGO (Coalition of Singapore NGOs) tanpa disokong oleh badan hak asasi antarabangsa.

Menurut laman itu kepentingan hak LGBT Singapura tidak terbela, malah tiada wakil mereka yang dapat bercakap mewakili hak mereka di PBB.

“Sebagai perbandingan, bagi kajian UPR Malaysia, daripada 11 penghujahan bertulis, tiga daripada merujuk terhadap seksyen 377A atau yang setaraf dengannya. Ia telah dibuat oleh Amnesty International, ILGA dan COMANGO.

“Tidak seperti Singapura, laporan Amnesty International Malaysia menamakan seksyen 377A sebagai pelanggaran hak asasi manusia. Tidak syak lagi peruntukan undang-undang itu digunakan sebagai alat politik di negara itu.

Pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim, seorang pemimpin pembangkang, telah disebut secara khusus. Saya fikir hak rakyat biasa adalah sama penting (berbanding dengan hak pemimpin),” lapor George Hwang, fridae.asia.

Pada Disember 2012, Human Right Watch (HRW) melancarkan kempen memansuhkan peruntukan Seksyen 377A yang dianggapnya sebagai undang-undang lapuk.

“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka (consensual sodomy) atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. 

Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain,” kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah HRW bagi rantau Asia.

Menurutnya, jika liwat dilakukan atas dasar suka sama suka di antara dua lelaki dewasa bukan merupakan satu kesalahan.

“Undang-undang yang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi,” katanya lagi. - AIDC

*ARTIKAL BERKAITAN KLIK & LIKE - ANTI COMANGO

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.