#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

24 November 2013

LAPOR POLIS: Individu hina 'Wasiat Raja Raja Melayu'. KLIK baca ni!


Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, petang tadi bertindak membuat laporan polis atas rasa tidak puas hati dan mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakkan tegas terhadap individu yang telah menghina Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu di laman sosial pertubuhan tersebut dan tersiar di laman sebuah blog.


Memetik laporan di ruangan blog
http://maelpengerang.blogspot.com pada semalam, kenyataan pemilik akaun laman sosial itu (menggunakan nama 'Kumaran Muthiah') dianggap biadap dan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di sini, Salleh berkata tindakan menghina kesultanan Raja-Raja Melayu perlu dihentikan kerana ia boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara ini.

Dalam nada yang sama, Salleh Ismail selaku Pengerusi pertubuhan turut melahirkan rasa terkilan beliau terhadap pihak-pihak yang sanggup memperkotak-katikkan dan dilihat gagal mempertahankan titah Sultan.

"Setiap rakyat di negara ini perlu menyedari bahawa Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu itu adalah asas kepada keamanan dan kesejahteraan", katanya lagi.

Sumber : BERNAMA
Foto       : Persatuan Mukabuku P.Pinang.








0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.