Pas tidak perlu menggelupur menjelangnya hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan (DUN) Sungai Limau 4 Nov ini khususnya mengenai apa yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN).
Bukankah setiap kali pilihan raya umum, parti-parti politik yang bertanding termasuklah Pas sendiri melancarkan manifesto dengan pelbagai tawaran kepada para pengundi dalam usaha menarik sokongan rakyat.
Mengulas mengenai soal ini, Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata apabila masuk pilihan raya sudah tentu ada sebab mengapa pengundi memilih calon yang ditawarkan kepada penduduk setempat.
“Bila kita masuk pilihan raya mesti ada sebab mengapa pengundi memilih calon kita atau calon mereka… Bukanlah dengan menampilkan calon kita sahaja dan ianya mestilah apa yang boleh dia bawa untuk manfaat di situ yang dianggap sebagai modal kempen.
“Jadi akhirnya ianya akan diterjemahkan dalam bentuk janji. Janji ini akhirnya ialah siapa yang dirasai oleh pengundi mampu untuk menunaikan janji…
“Tetapi yang penting adalah untuk mewujudkan satu penyelarasan dari peringkat pusat, negeri dan DUN…ini saya ingat satu kombinasi yang sangat baik bagi menjamin masa depan yang lebih cerah bagi masyarakat DUN Sungai Limau ini dan pihak lawan mungkin faham akan hakikat ini dan cuba mengalih perhatian pengundi daripada fakta tersebut,” ujar beliau.

SELANJUTNYA : KLIK SINI
0 comments:
Post a Comment