RM2.6 wang 1MDB?

10 Oktober 2013

SIRI 1: PENDEDAHAN EKSKLUSIF! SIAPA ABU BAKAR SIDEKH??


Abu Bakar Sidekh Bin Zainol Abidin...?? Beliau merupakan antara calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh pada pemilihan agung UMNO Tahun 2013 kali ini.
Dalam amalan demokrasi yang di amalkan oleh UMNO, tiada salah bagi sesiapa pun yang ingin menawarkan diri bagi merebut sebarang jawatan asalkan menepati syarat yang ditetapkan. 

Walaupun begitu, dalam kes bagi Abu Bakar Sidekh ini atau lebih dikenali dengan nama samaran ‘Ben’ ada beberapa persoalan dan kemusyikilan yang timbul di kalangan perwakilan dan ahli-ahli UMNO Permatang Pauh.

Beliau adalah anak kepada Hj Zainol Abidin atau lebih dikenali dengan nama samaran ‘Pak Non Cabai’. Pak Non merupakan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan. Pak Non juga dikatakan pernah menjadi ahli di bahagian Batu Kawan. 

Tetapi ramai orang Pulau Pinang tahu, Pak Non merupakan rakan karib kepada Ketua Pembangkang Malaysia kini iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Setelah lama berjuang dan ‘cari makan’ di dalam UMNO sehingga mengumpul harta kekayaan yang banyak, Pak Non dikatakan agak marah kerana peranan beliau di dalam UMNO semakin terhakis dan dikatakan semakin tidak banyak projek yang diperolehi oleh beliau. 

Akhirnya beberapa tahun kebelakangan yang lepas sebelum PRU13 Pak Non sering dilihat di dalam majlis-majlis bersama Dato Seri Anwar Ibrahim. Pak Non juga dikatakan memainkan peranan utama apabila menjadi dalang utama dengan mambawa masuk puluhan ahli UMNO untuk menyertai PKR. 

Hasil risikan juga, di dapati Pak Non antara penyumbang utama kepada kempen PKR di Permatang Pauh. Beliau juga di dapati sering mengadakan perjumpaan rahsia bersama jentera PRU PKR. Akhirnya selepas PRU13, Pak Non Cabai telah menerima notis penggantungan daripada pihak UMNO Pusat setelah bukti-bukti sahih diperolehi.

Apa kaitan ‘Ben’ dengan peranan Pak Non? Ben merupakan antara anak kesayangan Pak Non yang bekerja dengan beliau di Syarikat Delima Perdana yang mana syarikat ini merupakan antara syarikat bumiputera yang memperolehi banyak tender-tender kerajaan. 

Seorang lagi anak Pak Non iaitu Rohan(Abang kepada Ben) pernah bertanding di Bagan untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian tetapi tewas. 

Kini harapan Pak Non di letakkan sepenuhnya kepada Ben untuk merebut jawatan di bumi Permatang Pauh, kawasan sinonim dengan Anwar Ibrahim. 

Pak Non walaupun diketahui orang sebagai ‘lidah berbelit’ tetapi kali ini secara terang-terangan telah mengatakan beliau sanggup habiskan bergundi duit bagi memastikan Ben menang. 

Anak kesayangan yang bekerja di bawah syarikat beliau ini akan dipastikan membawa agenda beliau apabila menang kelak.

Kenapa Pak Non nak Ben menang dan apa agenda Pak Non?? 

Terus bersama MP untuk kisah selanjutnya dalam siri ke-2, esok. Tungguuuu!
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.