Pembangunan projek Kompleks Bersepadu Pengerang (KBP) yang melibatkan pelaburan besar itu pastinya perlu dilakukan secara teliti dengan kerjasama semua pihak.
YAB. Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya juga akan memastikan persekitaran projek itu berada dalam suasana kondusif.
Kerajaan negeri juga sedang membangunkan Akademi Petroleum Malaysia bagi melahirkan belia terlatih dan tenaga kerja mahir dalam industri minyak dan gas.
Menurutnya pada sidang akhbar selepas melancarkan Road To MAHA 2014 peringkat negeri di Dataran Penggaram, Jumaat lalu. Antara usaha kerajaan negeri memberi lebih banyak peluang untuk penduduk setempat menerima manfaat kerjaya dalam sektor berkaitan yang siap dibangunkan di kawasan tersebut. Beberapa lagi institusi seumpama itu akan dibangunkan menerusi kerjasama dengan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan pihak swasta, Prestariang Sdn. Bhd.
Kelmarin, Lembaga Pengarah Petronas meluluskan keputusan pelaburan akhir (FID) untuk pembangunan kompleks tersebut di Pengerang, Kota Tinggi.
FID yang diluluskan itu merupakan perkembangan terbaru bagi projek KBP yang mengandungi Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia berskala dunia.
ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI
0 comments:
Post a Comment