RM2.6 wang 1MDB?

23 April 2014

SPAD gantung 27 permit bas ekspress. - @SPADChannel



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) mengantung 27 permit bas ekspres Transnasional bagi laluan Timur-Sektor Utara, lanjutan daripada kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut berkuatkuasa hari ini, 23 April 2014.

Keputusan ini diambil hasil pengauditan yang mendapati pihak syarikat tidak memantau had kelajuan dan mendapati system GPS tidak berfungsi. 


Pada masa yang sama, S.P.A.D. ingin menegaskan tindakan tegas sudah pasti akan diambil keatas syarikat-syarikat yang lain juga, yang terlibat dalam kemalangan di Temerloh dan Pekan sekiranya terdapat pelanggaran syarat pelesenan dan pekeliling-pekeliling berkaitan.

SPAD sentiasa memberi penekanan serius kepada segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan bas oleh syarikat-syarikat bas ekspres. Setiap bas persiaran dan bas ekspres wajib dilengkapi dengan Global Positioning System (GPS) sejak tahun 2010 dan perkara ini telah termaktub dalam syarat perlesenan. Setiap pengendali harus memastikan GPS ini berfungsi dan dipantau sepenuhnya. Selain itu, Pekeliling mengenai Pelaksanaan Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) untuk Pengendali Bas yang dikeluarkan pada 20 Ogos 2013 mempertanggungjawabkan pengendali untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Selain itu, Pekeliling SPAD ICOP-Keselamatan juga telah menitikberatkan aspek pematuhan kepada had kelajuan yang mana ianya merupakan salah satu agenda keselamatan yang paling kritikal dan di pantau oleh pengendali setiap masa.

Sebagai usaha penambahbaikan, S.P.A.D. akan mengetatkan lagi prosedur supaya pengendali memberi tumpuan yang lebih serius kepada aspek pengurusan kelajuan dan keselamatan. Antaranya:

i. Pasukan audit S.P.A.D. akan mengaudit pemantauan pematuhan had kelajuan GPS bagi setiap pengendali bas ekspres di Semenanjung Malaysia dalam masa 30 hari. Sekiranya pengendali didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan maka lesen pengendali mereka akan digantung sehingga pengendali patuh kepada proses pemantaun ini.
ii. Setiap pengendali perlu melantik Pengawal (controller) untuk memantau hadlaju bagi setiap perjalanan harian (realtime). Pengawal dipertanggungjawabkan untuk bertindak jika pemandu melebihi had kelajuan.
iii. Pengendali dikehendaki mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang ingkar mematuhi syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan. Semua tindakan ini perlu dilaporkan kepada pihak S.P.A.D.
iv. Pengendali diwajibkan untuk mengemaskini data maklumat pemandu melalui “SPAD Driver Information System”.
v. Pengendali dikehendaki mengemukakan laporan pemantauan had kelajuan GPS kepada S.P.A.D., dan memberi penjelasan sekiranya terdapat pelanggaran had kelajuan yang telah ditetapkan.
vi. Pengendali dikehendaki mempamerkan nombor hotline penyelia didalam dan diluar bas supaya penumpang dan pengguna jalanraya lain boleh membuat aduan terus kepada mereka dan tindakan efektif perlu diambil dengan segera. Pengadu boleh melaporkan kepada S.P.A.D. jika tindakan penyelia kurang memuaskan.
vii. S.P.A.D. akan mengadakan kempen kesedaran umum mengenai aspek keselamatan penggunaan Pengangkutan Awam Darat dengan segera. Ini akan dilakukan supaya langkah-langkah penambahbaikan ini boleh menjadi lebih efektif.

Lanjutan ini, S.P.A.D. tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pengendali bagi setiap kejadian pelanggaran had laju yang dikesan. S.P.A.D. juga ingin menegaskan kepada semua pengendali bas ekspres untuk sentiasa memberi penekanan yang serius dalam aspek pengurusan pemandu dan penyelengaraan serta mematuhi setiap piawaian yang telah ditetapkan didalam SPAD ICOP Keselamatan bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan untuk mengangkut penumpang sentiasa selamat. Dalam masa yang sama, S.P.A.D. sedang mengkaji kesesuaian penggunaan kotak hitam dalam kenderaan-kenderaan perdagangan.

S.P.A.D. juga ingin memohon kerjasama daripada masyarakat umum untuk bekerjasama dengan semua agensi untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat. 


Segala maklumat atau aduan yang ingin di buat sila gunakan talian seperti dibawah:



ARTIKAL TERDAHULU KLIKSINI

Reaksi:

2 ulasan :

  1. Kah kah kah SPAD ni boleh diumpamakan sebagai sang kelambai.......apa saja yang disapnya akan bertukar jadi batu.SPAD ni hanya berani gantung permit syarikat kendalian persendirian saja,Tapi takut dan menikus (takut) bila kesalahan yang lebih serious dilakukan oleh GLC yang terlibat dengan pengendalian pengangkutan awam darat seperti Prasarana dan KTM......apa hal?

    BalasPadam
  2. Menyalak..menyalak... Kesalahan serious yg mana dan mcm mana tu jang? Buleh den tau?

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.