Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, cadangan tersebut kini di peringkat akhir kajian dan dijangka diumumkan tidak lama lagi.
Menurutnya, hasil kajian tersebut akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang supaya usaha persempadanan semula itu dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada tahun depan.
"Tujuan kita adalah untuk memastikan PBT dapat terus memberi serta meningkatkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sekali gus mahu masyarakat gembira dengan perkhidmatan itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar Kesembilan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Abdul Rahman Mohamed Dewam, di sini, kelmarin.
Abd. Latiff berkata, antara PBT yang akan diberi tumpuan dalam cadangan persempadanan semula itu adalah MBJB, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). - sumber
Exco yang menggunakan kereta rasmi kerajaan johor kereta perdana JDT11 bercermin gelap..alasannya untuk keselamatan..adakah negeri johor tidak selamat untuknya..
ReplyDeleteBingai pulak! Soal kelamatan jangan di pertikai yeop... Sediakan payung sebelum hujan. Apa2 hal yang kena dia bukan awk yeop! Kikikikiiii!
ReplyDeleteJebon jenlot pun boleh bercermin gelap...mohonlah dengan jpj dan patuhi syarat-syarat yang ditetapkan......tapi atas dasar apa.....???
ReplyDelete