Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, selari dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dijalankan kerajaan pusat, penggunaan ICT dalam IKS membolehkan penjenamaan dan pemasaran produk dilakukan secara mudah, pintar dan efektif.
"Suatu masa dahulu ramai yang pelik jika seseorang memiliki telefon bimbit kini berbeza kerana orang yang tidak memilikinya dilihat sebagai satu kejanggalan. Begitu juga pemilikan domain kerana dalam realiti dunia perniagaan hari ini, laman web bukan lagi kemewahan tetapi kemestian namun tidak sampai 20 peratus usahawan IKS menggunakannya.
"Pelancaran ini membuktikan kerajaan negeri serius dalam membantu golonga berpendapatan rendah dan sederahana meningkatkan pendapatan.
MyBuddies boleh dijadikan rangkaian mengembangkan perniagaan dan cara baru melakukan pemasaran produk," katanya ketika berucap merasmikan Program .myBuddies Zon Selatan di Dewan Besar, Pusat Iskandar, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Hasnul Fadhly Hasan; Ketua Pegawai Eksekutif Asertech Sdn. Bhd., Mohd Zairulanuar Mohamed Rasim; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Abdul Aziz Abdul Rahman; Pengarah .myBuddies Johor, Wan Zuraimi Wan Abdul Jamil dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru, Mohamad Alif A. Rahim.
Program .myBuddies Zon Selatan menawarkan inisiatif pemilikan sehingga 2,000 domain .my secara percuma berserta seminar yang ditaja oleh Asertech, bagi memberi pendedahan tentang dunia perniagaan berteras ICT serta peluang ekonomi digital. - Sumber
ARTIKAL TERDAHULU KLIKSINI : JOHOR: Miliki rumah mampu milik secara online.
0 comments:
Post a Comment