#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

18 April 2014

JOHOR: Miliki rumah mampu milik secara online.- @khalednordin


 

Rakyat negeri ini yang ingin memiliki rumah mampu milik dan rumah kos rendah kini boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi Aplikasi Sistem Permohonan Rumah Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, medium tersebut diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan selain turut membantu kerajaan negeri membuat perancangan dengan lebih berkesan.

"Permohonan untuk rumah kos rendah dan rumah mampu milik di negeri ini boleh dibuat dengan melayari laman sesawang http://www.erumah.johor.gov.my

"Secara tidak langsung, sistem ini turut membantu meningkatkan kecekapan pihak kerajaan negeri dalam merancang dan menguruskan permohonan rumah mengikut permintaan rakyat," katanya selepas merasmikan Minggu Sains, Teknologi dan ICT (Misti) Negeri Johor 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini kelmarin.

Misti Johor 2014 yang bermula Rabu lalu hingga Isnin ini dengan tema 'Ke Arah Komuniti Pintar' menyasarkan kehadiran seramai 40,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya rakyat negeri ini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Ismail Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Menteri Besar berkata, sistem permohonan dalam talian tersebut turut selari dengan janji kerajaan negeri sebelum ini yang mahu mendirikan sebanyak 28,000 unit rumah mampu milik dan kos rendah dalam tempoh lima tahun sejak tahun lalu.

Sementara itu, Hasni memberitahu, kerajaan negeri telah mengenal pasti kira-kira 100 lokasi awal untuk mewujudkan kemudahan perkhidmatan WiFi terbuka untuk rakyat negeri ini.

"Kerajaan negeri kini sedang dalam perancangan mewujudkan perkhidmatan WiFi ke seluruh negeri, namun proses ini perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Buat permulaan, kita sudah mengenal pasti 100 lokasi bersesuaian yang majoritinya berada di wilayah Iskandar Malaysia sebelum perkhidmatan tersebut diperluaskan ke daerah lain," katanya. - Sumber


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.