#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

28 November 2015

XPURA 2015: Buka Peluang & Ruang Pamir Kepada Usahawan Tempatan.


EKSPO USAHAWAN KEJORA (XPURA 2015)

Buat julung kalinya Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) akan menganjurkan Ekspo Keusahawanan Kejora (XPURA 2015) di Dewan Bandaran Dan Tapak Bazar Bandar Penawar, Desaru.

Ketua Unit Ekonomi Dan Keusahawanan Kejora, Marlina Amir berkata, objektif utama ekspo ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan mengadakan pameran dan jualan produk masing-masing selain mencari peluang perniagaan dengan pihak yang berminat dengan produk yang dipamerkan.

Katanya, ekspo yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Disember ini mensasarkan 200 usahawan yang terdiri dari pelbagai produk termasuk makanan; minuman; herba atau ubatan; pakaian; kraftangan; produk segar, pertanian dan perkhidmatan.

Menurutnya, program ini juga melibatkan penyertaan 20 pakatan strategik dari agensi bimbingan usahawan yang lain untuk tujuan 'one stop centre' bagi permohonan bantuan dan bimbingan usahawan.

"Kerjasama yang akan dibuat adalah dalam bentuk khidmat nasihat kemudahan kredit; dana dan latihan serta lain-lain bimbingan pembangunan kemahiran keusahawanan kepada pengunjung yang hadir.

"Agensi yang terlibat di dalam program ini merupakan yang tersenarai di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)," katanya.

Antara pengisian program ialah penganjur seminar SETDA sepanjang tiga hari melibatkan 500 peserta yang terdiri dari kumpulan usahawan dan peniaga; pameran dan jualan produk; program bicara Addin dan malam cinta Rasul; pameran gerbang kerjaya dan pengambilan pelajar Institut Kemahiran Binaan Negara (IKBN) serta temuduga terbuka.

Turut diadakan aktiviti keceriaan seperti sukaneka, mewarna, pertandingan memasak, karaoke dan persembahan artis terkenal tanahair Azlan Typewriter; Zamani Slam; Caliph Buskers; Ajai; Asmida serta pengacara Raja Lawak Joe dan Am
------------
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi urusetia ditalian 07-8843000 dan 07-8221601.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.