FIC didaftarkan pada Julai 2013, merupakan unit di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan memaksimumkan aset-aset lembaga itu dalam usaha meningkatkan sumbangan kepada golongan peneroka.
Encorp dalam makluman kepada Bursa Malaysia Mei lalu mengumumkan dua pemegang saham terbesarnya, Lavista Sdn Bhd dan Pegang Impian Holdings Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli bersyarat berasingan bersama FIC bagi tujuan berkenaan.
Berlatarbelakangkan sebuah syarikat hartanah terkemuka dan merupakan syarikat pemaju hartanah yang memiliki beberapa projek hartanah berbentuk kediaman serta komersial termasuk di Lembah Klang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM3 bilion. Maka tidak silap bagi FELDA memilih keputusan ini dalam usaha memasyhurkan lagi namanya di peringkat antarabangsa.
Ternyata, pelaburan ini mampu memberikan pulangan menguntungkan kepada FELDA serta dijangka akan melonjakkan lagi penguasaan FELDA dalam bidang hartanah, memandangkan Encorp Berhad sehingga kini sudah mempunyai projek-projek berprofil tinggi antaranya:
ENCORP CAHAYA ALAM.
ENCORP STRAND MALL KOTA DAMANSARA
ENCORP MARINA PUTERI HARBOUR NUSAJAYA.
Objektif utama FIC menerusi pengambilalihan ini adalah bagi memberi fokus kepada perniagaan strategik menerusi kerjasama yang membawa manfaat kepada pemegang berkepentingan termasuklah warga FELDA.
Antara kelebihan lain, ia sudah tentu akan memudahkan lagi urusan pembangunan perumahan dan hartanah bagi FELDA.
Tambahan pula Encorp Bhd ialah antara perintis teknologi IBS yang menjimatkan kos dan tenaga dalam industri perumahan, sekaligus membina keupayaan FIC dalam pembangunan hartanah termasuk di kawasan utama Lembah Klang dan bandar-bandar lain di seluruh Malaysia.
Dengan ujudnya penggabungan FIC dan Encorp Bhd ini, pastinya akan meluaskan lagi peluang kerjaya selain menjamin masa depan buat generasi muda FELDA.
Dengan ujudnya penggabungan FIC dan Encorp Bhd ini, pastinya akan meluaskan lagi peluang kerjaya selain menjamin masa depan buat generasi muda FELDA.
Harap peneroka dan anak anak peneroka diberi peluang memiliki hartanah tersebut
ReplyDeleteharap felda menceburi bidang makanan seperti mee kuning. bee hoon dan mcm2 produk. dah tak larat nak rasa was2 beli bahan2 ini
ReplyDelete