Penyertaan terbuka kepada mahasiswa universiti tahun akhir. Juga terbuka kepada graduan ijazah sarjana muda.
Elaun dan latihan asas kerjaya turut disediakan.
Maklumat lanjut, Like page Johor Talent ini atau hubungi IKLAS di talian 07-224 5488.Tarikh tutup permohonan pada 10 Ogos 2014
“Johor Talent Membentuk Pemimpin Masa Hadapan”
Info Johor Talent
Johor Talent merupakan satu inisiatif merakyatkan Kerajaan Negeri Johor untuk membangun dan melahirkan modal insan berprestasi tinggi yang mempunyai personaliti dan berketrampilan unggul. Inisiatif ini selaras dengan pembangunan negeri Johor yang bakal menjadi sebuah bandaraya metropolitan dan pusat ekonomi yang berkembang maju.
Justeru, adalah menjadi satu hasrat barisan kepimpinan negeri Johor untuk membangun dan melahirkan kepimpinan generasi baharu yang berdaya saing,berintegriti, dinamik dan berakauntabiliti.
Selain itu, sifat kepimpinan terpuji berteraskan prinsip yadu al-ulya iaitu individu penyumbang turut menjadi teras dalam pelaksanaan inisiatif ini.
Program ini berperanan menjadi landasan bagi Kerajaan Negeri Johor mengenal pasti pelapis-pelapis kepimpinan, bakat dan peneraju Negeri Johor Darul Takzim berteraskan kepada prinsip berikut:
a)Penglibatan orang muda dalam proses pentadbiran;
b) Pendidikan orang muda dalam bidang pentadbiran; dan
c)Memberi peluang orang muda mencurahkan idea dan pendapat supaya cara dan gerak kerja Kerajaan Negeri kekal relevan di kalangan orang muda.
Sehubungan itu, Johor Talent merupakan satu platform dan wadah rasmi kepimpinan tertinggi kerajaan dan GLC untuk memberi bimbingan dan latihan secara berfokus dan intensif kepada calon terpilih.
Calon yang terpilih juga akan diberi latihan yang berteraskan enam teras utama iaitu Integriti, Kemahiran Komunikasi, Personaliti, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kerja Berkumpulan.
Enam komponen ini perlu diterapkan dalam diri setiap calon yang akhirnya akan membentuk keperibadian kepimpinan yang unggul.
Johor Talent mensasarkan penglibatan seramai 20 orang mahasiswa universiti tahun akhir. Gaduan jurusan ijazah sarjana muda yang akan dipilih melalui sesi temuduga.
Calon – calon yang terpilih akan ditempatkan dibawah seliaan organisasi utama kepimpinan kerajaan dan GLC negeri Johor.
Tempoh latihan Johor Talent ini adalah sehingga 6 bulan yang akan bermula pada bulan September 2014 ini. Tarikh tutup permohonan selewat – lewatnya pada 10 Ogos 2014.
Sebarang pertanyaan, hubungi IKLAS di talian, 07 – 224 5488 atau 07 – 221 3148 atau email kami di johortalent@gmail.com .
Layari Facebook Johor Talent untuk mengikuti perkembangan dan info semasa mengenai Johor Talent.
https://m.facebook.com/profile.php?v=timeline&filter=1&id=756453584407360
Johor talent adalah diceduk dari program kj untuk meramaikan dan melebarkan jaringan penyokong dalam pentadbiran negeri dan persekutuan supaya apa yg dirancang menjadi lancar.
ReplyDeleteKalau rancangan itu baik untuk rakyat? ??!!!