#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 June 2014

LANDASAN KRITIKAL: Perkhidmatan tren KTM Gemas - Gua Musang di tutup Ogos Ini - @SPADChannel



KENYATAAN MEDIA:
PENANGGUHAN PENUTUPAN LANDASAN KTM SEKTOR GEMAS-GUA MUSANG

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), selaku agensi kawal selia perkhidmatan kereta api Malaysia, telah mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk menutup landasan bagi operasi tren di sektor Gemas-Gua Musang yang berkuatkuasa pada 27 Jun 2014.

Penutupan landasan ini berasaskan kepada pemeriksaan berkala (mengikut kuasa dibawah peruntukkan Seksyen 105 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010) yang telah dilaksanakan oleh jurutera SPAD dan hasil siasatan telah dimaklumkan kepada KTMB semenjak bulan Januari 2012. 

KTMB bersetuju bahawa keadaan landasan adalah kritikal dan memerlukan penambahbaikan segera.









Pada 25 Jun 2014, KTMB telah mengemukakan rayuan kepada SPAD bagi menangguhkan penutupan perkhidmatan tren di sektor tersebut sehingga 15 Ogos 2014. Setelah menimbangkan permohonan dan rayuan tersebut, SPAD bersetuju untuk berbuat demikian tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. KTMB bersetuju memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk meningkatkan peraturan dan pemantauan operasi tren.

2. Meningkatkan penilaian keatas landasan dengan mengenakan had kelajuan yang lebih rendah jika perlu.

3. Meningkatan pemantauan dan penyenggaraan infrastruktur landasan.

4. Menyediakan stokereta yang lebih berkualiti.

5. Kerahan tenaga kerja daripada kakitangan KTMB untuk menangani situasi kritikal.

6. Menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau semua pelan tindakan.

7. Melaksanakan program komunikasi dengan pihak berkepentingan (terutamanya orang ramai dan kakitangan KTMB) bagi memastikan penutupan separa ini dapat dilaksanakan dengan lancar

Berasaskan kepada syarat-syarat di atas, KTMB bersetuju sebagai syarikat pengendali berlesen untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi perkhidmatan tren di sektor Gemas-Gua Musang.

Map Landasan KTM Sektor Gemas - Gua Musang
Dengan ini juga, SPAD akan mengambil tindakan penutupan jika ada insiden-insiden yang berlaku sepanjang tempoh penangguhan penutupan.

SPAD juga ingin menyeru agar semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan keselamatan penumpang sentiasa diberi keutamaan dalam perkhidmatan pengangkutan awam. 

Oleh kerana keselamatan rakyat diutamakan, SPAD telah membantu KTMB untuk mendapatkan peruntukan RM400 juta daripada Kerajaan untuk tujuan membaikpulih landasan sektor tersebut.

Oleh :
YBHG. TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID ALBAR, 
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)
------------------------------------------------------------------------------------------


INFO S.P.A.D


Berkenaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan di Parlimen pada bulan Mei 2010.Suruhanjaya ini secara rasmi ditubuhkan pada 3 Jun 2010. 

Fungsi-fungsi utama S.P.A.D. adalah menasihat dan menyediakan dasar pengangkutan awam darat, membuat perancangan, menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan berhubung pengangkutan awam darat. Kuasa S.P.A.D. untuk melaksanakan fungsi-fungsi ini termaktub di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (“Akta PAD”).

Penambahbaikkan pengangkutan awam di Malaysia merupakan sebahagian daripada matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara atau lebih dikenali sebagai NKRA, di dalam Pelan Transformasi Kerajaan (ETP), yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIK SINI


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.