#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 June 2014

ULAT TIKET: Desak 'Larkin Bus Terminal' laksana cadangan SPAD mencontohi TBS-BTS.




Demi untuk mengaut keuntungan berlebihan, kegiatan ulat tiket yang tidak berhati perut ini semakin bermaharaja lela di Terminal Bas Larkin. Sememangnya harus dibenteras habis-habisan bagi mengelakkan penumpang terus teraniaya, setiap kali membeli tiket untuk menggunakan khidmat bas ekspress.

Masalah ini bukanlah satu yang baru, dan setiap hujung minggu ada sahaja segelintir pihak mengambil kesempatan menaikkan harga tiket dengan kadar yang tidak munasabah.

Ada kalanya, ia bermula dengan tindakkan menutup kaunter tiket lebih awal selain memberi alasan dengan memberitahu pembeli kononnya tiket bas habis sebelum menghubungi 'ulat tiket' yang kemudiannya menjual harga tiket yang jauh lebih mahal kepada penumpang.

Situasi membeli tiket dengan harga lebih daripada harga sepatutnya itu, pernah MP alami suatu masa dulu. Alasan mereka menaikkan tambang dengan hanya disebabkan kehabisan bas dengan penumpang yang ramai. Keadaan yang sama sering berlaku terutama pada waktu-waktu cuti hujung minggu, cuti persekolahan dan pada hari-hari cuti perayaan.

Apa yang berlaku, penumpang akan diberikan tiket sementara dari 'ulat tiket' dan setelah menaiki bas, tiket dikutip oleh seseorang tanpa memulangkan kembali pada penumpang. Keadaan itu sudah tentu menyusahkan penumpang untuk mengetahui maklumat yang ada di tiket sekiranya diperlukan.

Yang menjadi musykil adalah bagaimana ulat-ulat ini mampu mendapatkan tiket bas jika pihak syarikat tidak menjual kepada mereka dan adakah syarikat-syarikat bas ini bersekongkol atau ulat-ulat ini juga adalah sebahagian dari mereka?

Rasanya, tidak benar kenyataan menuduh kemana perginya SPAD sepertimana yang tertulis   ( gambar atas ) kerana MP sendiri melihat dengan jelas pegawai-pegawai SPAD sememangnya sentiasa berada di terminal bas tersebut.



MP berpendapat, buatlah macam mana pun, sememangnya aktiviti 'ulat tiket' begitu licik, Bayangkanlah, sehinggakan pihak berkuasa sendiri tidak dapat bertindak mengesan kegiatan haram mereka.


Ada baiknya, Terminal Bas Larkin jalankan operasi jualan tiket mengikut cara di Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) dalam memerangi ulat tiket menerusi sistem pembelian tiket berpusat yang dilengkapi kemudahan seperti kaunter khidmat pelanggan 24 jam dan kemudahan pembelian melalui mesin kios untuk membeli tiket secara tunai ataupun menggunakan 'touch n go'.

Satu lagi cadangan yang pernah diketengahkan oleh pihak SPAD pada tahun lalu, syarikat-syarikat bas ini menjual tiket secara online.




Kejayaan TBS-BTS sudah seharusnya dijadikan contoh dan wajar diguna pakai oleh semua pengurusan stesen bas seluruh negara.

"Jadi kalau kita dapat perkenalkan sietem pembelian tiket berpusat seperti di TBS-BTS, pasti tidak ada lagi 'ulat tiket'." kata Pengurusi Suruhanjaya Pengangkuta Awam Darat (SPAD), dulu. ( baca keratan akhbar diatas )

Cadangan telah pun diberikan oleh pihak SPAD, kini terpulang kepada rakyat untuk mendesak pemilik bas-bas terminal melaksanakan cadangan SPAD. Kita ada pilihan dan kita berhak membuat pilihan.

Jika itu yang terbaik untuk kita, desak kesemua stesen dan terminal bas melaksana cadangan SPAD DAN MENCONTOHI TBS-BTS.


Dalam pada itu, sekiranya mempunyai maklumat atau aduan yang ingin di buat kepada SPAD, sila gunakan talian seperti dibawah:



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.