#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 June 2014

Pemilihan parti yang kotor terus semakin kotor. KLIK baca ni!



Pemilihan Parti PKR yang kotor terus semakin kotor. Terkini disusuli pula dengan ‘gempar’ di Terengganu dimana hampir 300 ahli PKR Cabang Kemaman mengugut keluar parti sekiranya calon ketua cabang yang mereka sokong, kalah dalam pemilihan parti itu. (KLIK

Tindakan itu sebagai tanda protes kerana bekas Naib Ketua PKR Cabang Kemaman, secara tiba-tiba digugurkan daripada menjadi calon timbalan ketua cabang pada saat akhir. Segelintir ahli PKR Cabang Kemaman tidak berpuas hati kerana itu seolah-olah satu penganiayaan kepada seorang calon yang dikatakan kuat bekerja untuk parti.

Biarpun PKR yang sering berbangga kononnya diketuai seorang yang bergelar 'Anugerah Tuhan'. Namun, dimana kecanggihannya? Semakin lama usia parti dilihat bertambah tidak terurus dan kelam kabut tiap kali mengendalikan pemilihan. Ternyata bagaikan sebuah parti masyarakat yang tidak bertamadun, pemilihan PKR berlangsung dalam keadaan paling kotor lagi berserabut.

Peti undi hilang, nama calon hilang, jumlah undi dan jumlah pengundi tidak sama, kertas undi berterbangan akibat amukan pihak yang tidak berpuas hati, kerusi bergelimpangan, pergaduhan malah ugutan keluar parti, ancaman bunuh dan bermacam-macam lagi perkara berlaku dalam pemilihan PKR.

Khabarnya, di Tawau Sabah, seorang pengundi hantu berusia 16 tahun telah dikesan dan didedahkan sendiri oleh blog pro-PKR lengkap dengan gambar dan analisis mengenai manipulasi yang berlaku. (KLIK)

Si Presiden pula asyik ke sana ke mari dengan kipas Cinanya membawa watak boneka yang sempurna.

Apa yang berlaku dalam pemilihan PKR sebenarnya sama saja dengan pemilihan CEC DAP, iaitu manipulasi undi. Walaubagaimanapun, DAP jauh lebih terkawal dan mampu menutup penipuan dengan menyalahkan komputer atau alasan-alasan lain. PKR pula, nampaknya tidak begitu bijak dan tidak begitu kisah untuk menutup apa-apa, mungkin kerana tahu bahawa penyokong mereka buta tuli belaka.

Justeru, jika DAP juga dikenakan siasatan, maka tentulah PKR wajar dikenakan lebih lagi dari sekadar siasatan. Pemilihan PKR wajar dibatalkan sahaja. Tidak masuk akal jika keputusan pemilihan nanti diterima memandangkan tahap kekecohan yang luar biasa yang berlaku hampir di semua negeri.

Apakah jaminan yang keputusan pengiraan undi nanti tepat tanpa pengesahan dari pihak berkecuali? Mungkin PKR perlu mengambil khidmat BERSIH untuk memastikan tidak berlaku sebarang penipuan dalam pengiraan undi.

Kesimpulannya, gelora di dalam UMNO, masih tidak mampu menyaingi hempasan ombak dalam PKR. Sehangat-hangat BN, tidaklah sampai sehangus PR.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.