#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 June 2014

Pemandu Teksi terlibat 'demo' di Bukit Bintang berdepan tindakkan tegas - SPAD



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) akan mengambil tindakan terhadap 33 pemandu teksi yang telah dikenalpasti menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli belah Bukit Bintang, pada Rabu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata S.P.A.D. juga sedang bekerjasama dengan pihak Polis dan JPJ untuk mengenalpasti pemandu-pemandu lain yang turut serta dalam demonstrasi tersebut dengan menghalang lalulintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan dan mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal
“Demonstrasi yang dilakukan kumpulan teksi Bukit Bintang itu telah menyebabkan trafik di kawasan berkenaan sesak selama tiga jam dan ia merupakan kali kedua selepas demonstrasi yang pertama berlaku pada 2012 dimana pemandu teksi membuat bantahan terhadap pengenalan perkhidmatan bas percuma 'Go KL' yang didakwa mengganggu pendapatan mereka terutamanya kekurangan penumpang daripada kalangan pelancong." tambahnya lagi.


Dalam hal ini, S.P.A.D. memandang serius akan sikap pemandu pemandu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi tersebut. 


S.P.A.D. ingin menegaskan kepada semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang undang.

Berikut, sekiranya anda mempunyai maklumat untuk aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) gunakan talian seperti yang tertera dibawah: 



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.