#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

9 June 2014

ISU JOHOR - MALAYSIAKINI : Siapa yang langgar prinsip dan tanggungjawab? KLIK baca ni!



Nah... Kembali semula kita membicarakan tentang tingkah laku sebuah lagi laman media ( pro-pembangkang ) yang cuba nak menyentuh soal prinsip pihak lain, sedangkan tindakkannya sendiri langsung tiada berprinsip.



Jom, ikuti kenyataan dan bantahan tegas yang dikeluarkan oleh Koordinator Negeri BNYV JOHOR, berikutan tersiarnya artikel di laman portal Malaysiakini yang penuh dengan berita palsu dan berunsur fitnah pada 5 Jun 2014 lalu bertajuk 'Enakmen Baru Johor Langgar Prinsip Tanggungjawab', (KLIK)

Selanjutnya di bawah:

         Mengeluarkan spekulasi dan kritikan sedangkan pembentangan Rang Undang-Undang (RRU) Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Johor (LPHNJ) belum lagi dibuat di Dewan Undangan Negeri. Perkara ini pada awalnya telah ditimbulkan oleh portal berita Malaysiakini dan menjadi sensasi di media massa tanpa mengambil kira kepada fakta yang sebenar. 

        Malaysiakini secara tidak bertanggungjawab telah menabur fitnah secara jelas terhadap kerajaan negeri Johor dan mereka telah memadam laporan awal isu ini dari laman sesawang mereka. 

        Jika Malaysiakini berpegang kepada prinsip integriti kewartawanan yang sebenar, mereka harus mengambil tanggungjawab atas apa sahaja yang disiarkan di laman sesawang mereka. Kebebasan media yang kerap dilaungkan harus selaras dengan tanggungjawab sosial.

         Rentetan itu, kenyataan mula keluar satu per satu daripada badan-badan tertentu seperti Majlis Peguam Malaysia yang menuduh bahawa RUU ini bertentangan dengan perlembagaan. 

         Sebagai sebuah badan profesional dan berkredibiliti mereka tidak pun mendapatkan penjelasan malah terus mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Mereka sepatutnya melakukan 'due diligence' atau usaha sewajarnya bagi mendapatkan fakta yang tepat.

          Respon yang juga diberikan oleh seorang ahli akademik, Dr. Abdul Aziz Bari yang sepatutnya membawa mesej yang bebas dan jelas kepada rakyat yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia juga tidak berasas kerana beliau hanya membuat andaian dan spekulasi bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif terhadap pentadbiran LPHNJ sedangkan Menteri Besar memegang kuasa eksekutif di dalam LPHNJ jika RUU ini diluluskan.

           Ini memburukkan reputasi dunia akademia yang sepatutnya tidak melatah dan cepat ingin menyatakan pendapat tanpa soal selidik.

           Hakikatnya apa yang perlu difahami adalah kelebihan dan faedah yang akan dirasai oleh rakyat Johor melalui pembentukan LPHNJ ini. Antaranya adalah pihak yang berkaitan akan dihukum jika melanggar enakmen undang-undang ini. 

            Dalam erti kata lain, jika pemaju gagal melaksanakan projek mereka, kerajaan kini boleh mengambil tindakan terhadap pemaju sehingga mereka boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda Ringgit Malaysia Lima Ratus Ringgit.

            Selain dari itu, LPHNJ membolehkan kerajaan berupaya untuk mengambil kembali projek terbengkalai di negeri Johor bagi kepentingan rakyat. Ini memastikan pemaju tidak boleh leka dan perlu komited dengan kepentingan rakyat.

           Malah, LPHNJ juga akan menyebabkan individu di dalam lembaga perlu mengistiharkan kepentingan jika terlibat dengan sebarang keputusan yang akan diambil oleh lembaga. 

           Apabila kepentingan tersebut diistiharkan, kehadiran beliau tidak akan dikira sebagai korum di dalam mesyuarat. Jelas bahawa LPHNJ menekankan soal integriti pentadbiran negeri Johor.

           LPHNJ akan berperanan dengan sendirinya membina rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor dan tidak meletakkan masa depan perancangan hartanah negeri Johor di dalam tangan kapitalis-kapitalis. Perlu diingati LPHNJ membolehkan kerajaan berupaya melantik pakar-pakar dalam bidang hartanah untuk turut menyumbang kepada polisi perumahan dan hartanah kerajaan negeri Johor.

           Tentangan demi tentangan akan terus berlaku apatah lagi dari pihak berkepentingan kerana mereka kini perlu bertanggungjawab atas sesuatu yang mereka perlu dilaksanakan suatu ketika dahulu. Mungkin sebab ini ada pihak cuba menggagalkan pembentangan undang-undang ini? 

Siapakah mereka?

           BNYV Johor bertegas dan berpendirian akan menyokong dan seterusnya menyeru kerajaan negeri terus membawa RUU dengan berani demi kepentingan rakyat negeri Johor. Kita juga sebagai rakyat Johor perlu berganding bahu dan bersolidariti bersama kepimpinan negeri dengan menunjukkan bahawa negeri Johor berupaya bersatu dan kuat walaupun menghadapi cabaran dan kritikan soal cara kita menyelesaikan masalah di negeri kita sendiri. LPHNJ akan memastikan rakyat Johor berpeluang mempunyai sebuah rumah dalam keadaan kepesatan arus pemodenan negeri Johor dan agar tidak terus terpinggir.

Demi Johor, Kepada Johor, Untuk Johor.

Ahmad Solehin Bin Abd Ghani
Koordinator Negeri
BNYV JOHOR

..............................................................................................................




ARTIKAL BERKAITAN KLIK:

1 comments :

  1. Sebenaqnya sistem Raja Berpelembagaan (Constitutional Monarchy) dibahagi dua iaitu “Executive Monarchy” (Raja mempunyai kuasa sosial-politik) dan “Ceremonial Monarchy” (Raja hanya sbg. SIMBOL Adat) – dan di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ni, Kesultanan Melayu bukan hanya sbg. “Ceremonial Monarchy”(palsu dilapurkan Wikipedia – di http://en.wikipedia.org/wiki/Constitutional_monarchy Executive monarchy versus Ceremonial monarchy), tetapi KesultananMelayu kita juga mempunyai kuasa “Executive Monarchy” , mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 153, Fasal 1 Perkara 3 [3(1)] dan Fasal 1 Perkara 37 [37 (1)]; berlansungan dr. sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS laknat lagi! KEBENARAN ini sebenaqnya mahu diSEMBUNYIkan oleh loyar-loyar-LONGKANG si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM –seolah Perlembagaan Persekutuan hanya berasaskan undg-undg si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS secara mutlak, terutamanya dari Parlimen British-ZIONIS (Westminster system)!

    Lihat di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ ,
    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia......

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu dari sebelum PENJAJAHAN Brtish-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar ‘hiasan Adat’ – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) di lantik sbg. PENASIHAT dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) –
    Lihat artikel BERNAS ini di:

    https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ ,

    Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

    Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

    7 April, 2012

    Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

    Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..(TERUSkan MEMBACA)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.