#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

14 June 2014

Kerajaan setuju selaras tambang teksi- SPAD



Kerajaan pada dasarnya sudah bersetuju dengan cadangan perubahan dan penyelarasan tambang teksi yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan diketahui setelah SPAD mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri berkenaan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata, walaupun cadangan itu dikemukakan akhir tahun lalu, keputusan kerajaan itu hanya dimaklumkan kepada SPAD baru-baru ini.

“Mengenai perubahan tambang teksi itu kita sudahpun mengemukakan struktur perlaksanaannya kepada Kerajaan dan kita sudah dapat persetujuan. Sekarang kita mahu tengok reaksi industri terlebih dahulu.

“Kalau reaksinya positif, kita akan teruskan. Kita tak mahu berlaku nanti, apabila rumah siap, pahat berbunyi. Mungkin beberapa pendekatan baharu akan dilakukan,” katanya pada sidang media di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.


“Kita sudah berbincang dan mendapat maklumbalas daripada pihak industri mengenai struktur perubahan tambang teksi tahun lalu, tetapi kini kita perlu berbincang semula dengan mereka apabila angka muktamad diputuskan nanti,” kata Syed Hamid lagi.

Pengerusi SPAD itu bagaimanapun mengelak apabila wartawan bertanyakan sama ada perlaksanaan itu membabitkan kenaikan atau penurunan harga tambang.

“Maksud saya, kita sudah cadangkan perubahan struktur. Sama ada naik atau turun saya tak boleh cakap. Itu awak kena fikirlah sendiri. Apa yang saya boleh cakap ialah kita diberi mandat untuk menyelaraskan tambang,” katanya lagi

Tetapi jika dirujuk rekod lalu, tahun lalu SPAD mengakui adanya keperluan untuk mengkaji semula tambang teksi. Sehubungan itu, dalam kertas cadangan kepada kerajaan SPAD telah mengambilkira beberapa kriteria utama penetapan tambang teksi, iaitu mencerminkan kos sebenar perkhidmatan teksi dan memberikan pulangan yang wajar kepada pemandu dan pengusaha teksi serta memberi motivasi kepada pemandu untuk mengamalkan prinsip pengendalian dan tingkah laku yang betul

Hasil penyelidikan kajian yang dilakukan oleh SPAD dengan bengkel-bengkel teksi menunjukkan bahawa kos pengendalian teksi telah meningkat sejak kali terakhir semakan kadar tambang teksi dijalankan pada tahun 2009.

Enam kos komponen utama telah dikenalpasti dalam cadangan penstrukturan semula tambang teksi iaitu kos kenderaan (bayaran sewa harian), peralatan, bahan api, penyelenggaraan, overhead dan buruh (gaji pemandu)

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid turut menyuarakan rasa kesalnya mengenai tindakan hampir 200 pemandu teksi ahli Persatuan Pemandu Teksi Bukit Bintang (Bestari) yang mengadakan mogok minggu lalu.

“Kalau tak berpuashati dengan SPAD atau mana-mana agensi kerajaan, buatlah perbincangan. Datang berjumpa dengan kita dan sama-sama cari penyelesaian. Janganlah guna ancaman yang mengganggu keselesaan dan kemudahan orangramai.

“Kalau marah dengan SPAD jangalah kacau orang ramai. Datang jumpa kita. Mereka mengadu tidak ada pengkalan untuk berhenti di Pavillion. Padahal kita sudah mendapat bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapat kerjasama Pavillion yang bersetuju menyediakan lapan petak untuk mengambil penumpang.

“Tetapi kumpulan ini mahu diberi kebebasan berhenti di mana sahaja sesuka hati mereka dan tak ikut petak yang disediakan. Mereka tak mahu penguatkuasa ganggu. Penguatkuasa perlu ada disitu untuk memantau atas permintaan orang awam.

Kalau kita biarkan pemandu teksi meletak teksi sesuka hati ia akan mengganggu trafik,” katanya.Syed Hamid berkata SPAD telah menerima 397 aduan awam dari sekitar Bukit Bintang antara 3 Mac hingga 7 Jun tahun ini.

Antara aduan itu ialah teksi tidak menggunakan meter serta pemandu meletak teksi di tempat yang tidak dibenarkan sehingga menggangu perjalanan trafik. Daripada aduan itu SPAD telah melakukan 241 tangkapan di mana 60 telah didakwa di mahkamah dan selebihnya membayar kompaun.


*Untuk sebarang aduan kepada SPAD, sila hubungi talian seperti dibawah:


1 comments :

  1. Bagi pengusaha Teksi kenaikan kadar tambang memang sedap didengar, penumpang pasti merungut Sapu makin kaya trip.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.