RM2.6 wang 1MDB?

24 Jun 2014

@SPADChannel : Pembangkang sanggup gadai nyawa penumpang KTM semata-mata mementingkan diri sendiri?



Lawatan SPAD-KTMB bersama pihak media 
Isu keselamatan ini timbul disebabkan oleh arahan penutupan landasan keretapi tersebut untuk kerja-kerja penyelanggaraan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)

Berdasarkan dokumen yang diperolehi, SPAD menggunakan kuasa di bawah Seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk mengarahkan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menutup landasan sektor timur dari Gemas, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan, berkuatkuasa 27 Jun ini.

Pihak PR sebelum ini mempertikai keputusan tersebut dimana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengarahkan landasan keretapi Gemas ke Gua Musang ditutup atas faktor keselamatan.

Dalam kenyataan bersama, Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar berkata, kajian semula harus dibuat berhubung arahan itu, kerana ia akan membawa impak yang amat serius kepada rakyat.



Dalam pada masa yang sama, Kesatuan Pekerja2 KTMB turut bersuara melalui laman Suara RUM kononnya jika dilakukan penutupan lansdasan tersebut. Ia akan mewujudkan penganiayaan pada lebih 300 orang pekerja di sektor berkenaan dan ratusan ribu pengguna keretapi ke pantai timur dan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (KPPKTMB) menggesa SPAD menarik balik keputusan untuk menutup operasi landasan KTMB sektor Gemas – Gua Musang.

Presidennya, Abdul Razak Md. Hassan dipetik berkata, KPPKTMB akan mengadakan piket di perkarangan ibu pejabat SPAD pada 26 Jun ini jika agensi tersebut enggan menarik balik keputusan berkenaan.

Terlebih dahulu, sedikit pengenalan tentang latar belakang mengenai landasan kereta api Gemas - Gua Musang supaya kita boleh memahami dan menghayati isu selanjutnya di sini.

Laluan kereta api timur telah dibuka pada 5 September 1931, yang sehingga hari ini telah beroperasi lebih 83 tahun.Oleh itu, sudah tentu pelbagai masaalah perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku di masa akan datang.

Dengan mengetahui bahawa landasan ini (Gemas ke Gua Musang) dikatakan keselamatannya membahayakan kepada orang ramai. Oleh itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu ini dengan menjalankkan satu operasi keselamatan ke landasan KTMB Pantai Timur.

Seperti yang kita tahu, banyak terdapat kemalangan keretapi di landasan Timur-Barat sebelum ini. Antaranya kemalangan ngeri pada 18 OGOS, 2012 lalu, kira-kira 100 penumpang yang berada di dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang tergelincir di Kampung Sungai Yu, Merpoh dekat Kuala Lipis, Pahang. (KLIK)

14 gerabak kereta api terbabit yang dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Dengan itu, sama-sama lah kita ambil iktibar dari kesilapan yang ada dan memastikan bahawa kejadian yang sama tidak berlaku lagi.

Secara peribadi, saya rasa ini adalah satu langkah yang baik oleh SPAD untuk membolehkan KTMB beroperasi untuk masa yang terhad dan selari melaksanakan pembaikan kerja-kerja untuk memastikan keselamatan penumpang.

Melihat daripada tindakan yang proaktif SPAD untuk memastikan keselamatan pengangkutan darat adalah sesuatu perkara baik meningkatkan keyakinan rakyat dalam menggunakan pengangkutan awam sebagai mod utama pengangkutan dan bukan dengan menggunakan kereta persendirian.




Baru-baru ini, SPAD menjalankan satu lawatan bersama wartawan media dari TV3, RTM, akhbar The Star dan Berita Harian bagi memberi gambaran jelas betapa seriusnya kedaifan beberapa tempat landasan keretapi dikenal pasti.

Lawatan kepada pihak media yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) itu telah memberi keyakinan kepada semua pihak bahawa sudah sampai masanya landasan keretapi yang menghubungkan Gemas - Guang Musang ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan.

Harus diingatkan bahawa landasan Gemas - Gua Musang adalah antara landasan tertua di Malaysia. Kerajaan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pembaikan landasan keretapi dari Gemas ke Gua Musang.

Hasil tinjauan dari Stesen Wakaf Baru sehingga ke KL Sentral, telah menunjukkan betapa seriusnya kedaifan landasan keretapi berkenaan. Terdapat 11 tempat kritikal yang perlukan pembaikan segera. Keadaan landasan keretapi yang uzur seperti batang besi landasan yang tidak selari dan sudah haus, beberapa besi penyokong landasan yang patah serta kayu balak penyokong yang telah reput dan patah, memerlukan landasan berkenaan ditutup sementara untuk pembaikan.

Apa yang lebih utama, landasan ini telahpun melangkaui tempoh usia landasan selama 30 tahun. Landasan keretapi ini kali terakhir dinaiktaraf pada tahun 1981.

Antara lokasi-lokasi landasan yang dikenal pasti menunjukkan bahayanya keselamatan penumpang keretapi iaitu di jambatan MR Wheelbridge, Stesen Kemubu yang perlu dinaiktaraf dengan kadar segera.

Mengapa dengan kadar segera? Lihat keadaan gambar2 di bawah ini:


Jambatan MR Wheelbridge





Dengan pendedahan ini, adakah kita harus melayan kehendak atau pendapat sesetengah pihak yang hanya dilihat mementingkan diri sendiri. Cuba kita lihat statistik dibawah. Adakah nyawa lebih 400,000 penumpang menaiki Ekspress Senandung Wau dan Ekspress Senandung Timuran seperti pada tahun 2013 harus di lupakan dan kemalangan yang melibatkan keretapi di negara ini harus di biarkan berulang?



Reaksi:

1 ulasan :

  1. Lebih baik spad utamakan pengangkutan bas ekspres yg sering terlibat kemalangan maut berbanding keretapi yg hanya cedera ringan...
    Kuman diseberang laut nmpak
    Gajah didepan mata buat tak tahu...

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.