RM2.6 wang 1MDB?

14 Mei 2013

Perhimpunan Hitam 505 di Johor 'HARAM'!!!


Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai Perhimpunan Hitam 505 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Bandaraya di sini malam esok kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, penganjuran perhimpunan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang menyertainya.

"Pihak kami menerima notis pemberitahuan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mengenai perhimpunan itu, tetapi mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk menggunakan lokasi berkenaan.

"Notis pemberitahuan perhimpunan itu dikemukakan lewat dan tidak memenuhi kehendak di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKAL BERKAITAN KLIK : http://maelpengerang.blogspot.com/2013/05/pru-13-wujudkan-keadaan-ketidakstabilan.html


Reaksi:

1 ulasan :

  1. ALHAMDULLILAH....SEKIRANYA BETUL PDRM JOHOR AKAN BERTINDAK KEPADA MEREKA YANG KURANG AJAR TIDAK MENGIKUT ARAHAN YG MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM 505 DI DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU......

    PDRM JANGAN MENGAUM JE INI KALI TERUS TERKAM....KPN DAN TIMBALAN PUN DAH DILANTIK ORANG BARU......

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.