Malaysia juga sepatutnya mencontohi Singapura dalam soal menghalang demonstrasi haram ini kerana ia terbukti berkesan dalam mengawal emosi masyarakat di negara yang mempunyai masyarakat majmuk, dengan Singapura telah membuktikannya.
Sebaliknya, negara kita terlalu terikut-ikut dengan kehendak hak asasi manusia sedangkan negara jiran kita yang lebih maju, mampu mengecap banyak kejayaan dengan mengekalkan undang-undang menghalang protes jalanan, pedulilah apa orang lain di dunia ini nak kata. Selain itu, Singapura mengawal ketat media mereka, termasuk akses Internet.
Di kala ramai balaci Pakatan Rakyat menjadikan Singapura sebagai contoh, dalam bab demokrasi dan kebebasan media ini, mereka taknak pula minta kerajaan meniru amalan di Singapura.
Penulis rasa, sudah sampai masanya kerajaan Malaysia mengadaptasi undang-undang anti demonstrasi di Singapura. Penulis bukan nak bersifat negatif, tapi nampaknya Akta Perhimpunan Aman negara kita ni jadi bahan lawak jenaka saja.
Pasca pilihanraya umum ini sahaja, pembangkang mengadakan 2 perhimpunan besar-besaran tanpa permit dan mereka terlepas begitu sahaja tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang (setakat artikel ini ditulis) - Sumber
Jadi, apa guna kewujudan akta tersebut?
Jadi, apa guna kewujudan akta tersebut?
MP juga berpendapat, Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap penganjur perhimpunan haram itu khususnya Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) yang terang-terang menghasud dan membantah keputusan majorti rakyat dalam PRU13 baru-baru ini...Bertindaklah!!!
Kepada 21 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Singapura atas kesalahan berdemo dijalanan tu... Untuk dijadikan pengajaran... Lantakkan saja, untuk apa mintak polis Malaysia bantu? Pandai-pandailah jawab sendiri. Memalukan negara!!!
0 comments:
Post a Comment