#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

9 July 2011

Keadaan Bandaraya KL sehingga kini... Mahfuz Omar & Sahalahuddin Ayub antara yang di tahan...Tengok klik sini.

ANTARA suspek yang ditahan dipercayai terbabit dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang ditangkap di Masjid Negara.

Keadaan Jalan Sultan Ismail di tengah ibu kota yang kebiasaannya sibuk kelihatan lengang daripada sebarang aktiviti selepas laluan ditutup bagi menghalang perhimpunan haram, di Kuala Lumpur.
Para anggota polis mengadakan kawalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat membeli-belah Sogo bagi menghalang perhimpunan haram diadakan di Kuala Lumpur. 

PELANCONG terpaksa mengusung beg mencari kenderaan awam untuk ke KLIA ketika melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas kenderaan awam dilarang memasuki pusat bandar berikutan BERSIH 2.0 pagi ini.

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai langkah berjaga-jaga menjelang perhimpunan BERSIH sekitar Kuala Lumpur pagi tadi.

KEADAAN di luar Stadium Merdeka tenang tanpa sebarang aktiviti yang membabitkan perhimpunan BERSIH pagi ini.

Laporan terkini:

Seramai 21 orang ditahan di sekitar ibu negara sehingga jam 9 pagi tadi. 
Polis Bukit Aman memberitahu kesemua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.Kesemua mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
- BHarian

Kira-kira 25 orang termasuk seorang wanita dipercayai penyokong Pas ditahan di Jalan Hang Jebat kerana cuba menyertai perhimpunan haram. Sementara itu, ruang menunggu di ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di sini menjadi kecoh selepas beberapa penyokong perhimpunan haram ditahan.Ini telah menyebabkan penyokong-penyokong lain membuat provokasi sehingga menyebabkan kesemua mereka diarah agar meninggalkan kawasan ibu pejabat KTM itu. – Utusan

Sebanyak 236 individu termasuk lapan wanita ditahan disyaki penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di seluruh ibu negara bermula tengah malam tadi sehingga pukul 11 pagi ini. – Utusan

Seramai 321 orang  termasuk 17 wanita di tahan di sekitar Masjid Jamek, Dataran DBKL dan Pasar Seni sehingga jam 1 tengahari tadi. - Utusan

Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar di tahan di KL Sentral.
Mereka antara nama 91 individu yang tidak di benarkan masuk ke Kuala Lumpur hari ini. - Utusan

Berita selanjutnya akan menyusul sebentar lagi...

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.