#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

12 July 2011

Oh Mat Syabu, macam Anwar kau ni ye...Tak pe Polis ada bukti Video.

MOHAMAD cuba menarik perhatian ramai hadir sidang DUN dengan berkain pelikat dan berkerusi roda, semalam.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam cuba menarik perhatian pemberita dan simpati orang ramai apabila hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan memakai kain pelikat dan berkerusi roda.

Beliau yang ditemani Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan timbalannya, Khalid Abdul Samad hadir jam 1.30 tengah hari sebelum memanggil pemberita untuk sidang media di lobi DUN.

Pada sidang media yang turut ditemani beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang lain, Mohamad sempat ketawa di depan pemberita sebelum mendakwa cedera ligamen kaki kanan apabila dirempuh kenderaan ketika menunggang motosikal, Sabtu lalu.

“Pasukan keselamatan merempuh dengan kenderaan ketika menunggang motosikal ketika saya menyertai (perhimpunan haram) BERSIH Sabtu lalu. 

“Polis bertindak kasar dalam perhimpunan itu sehingga saya cedera. Polis sudah jadi samseng bukan menjaga keamanan dan apa yang berlaku menunjukkan tahap keselamatan paling memalukan," katanya. 

Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan mendapatkan rawatan lanjut dengan menjalani pembedahan untuk memasukkan plat besi pada kakinya. 

Mohamad antara pemimpin pakatan pembangkang yang ditahan ketika menyertai perhimpunan haram BERSIH di ibu negara Sabtu lalu.


Berkaitan dengan pengakuan Anwar di pukul Polis semasa perhimpunan haram kelmarin. Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa Polis mempunyai bukti rakaman video KLIK

Sumber: N9kini.com

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.