Polis mengesyor agar perhimpunan di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. Selain dari boleh menggangu lalu-lintas, peniaga dan orang ramai awam yang tidak terlibat.
"Saya mengesyorkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor telah buat tawaran,” kata KPN pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.
Namun katanya, Ambiga terus “degil” dan menolak tawarannya itu.
"Malaysia luas, mengapa pilih tempat di tengah bandar dan menggangu orang lain?
"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalkan mesej anda dapat disampaikan.
"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.
"Kamu nak sampaikan mesej, katakan duduk di stadium di Pahang, tidak boleh sampai mesej ke?" katanya.
Menurut KPN, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.
Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.
0 comments:
Post a Comment