“Tindakan kami berlandaskan undang-undang. Ia tiada pengecualian kerana Akta Polis relevan. Sesiapa sahaja yang bertindak atas nama mereka itu (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka mengikut undang-undang.
Mereka yang menyertai perhimpunan Sabtu ini akan ditangkap jika ia dianjurkan tanpa permit polis, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar.
Polis juga boleh menahan mereka kerana menghadiri perhimpunan haram anjuran sebuah pertubuhan tidak berdaftar.
“Ini kerana telah jelas mereka bukan pertubuhan berdaftar dan sah. Hantar permohonan guna nama lain dan kita akan pertimbangkan.Kerajaan sudah bagi peluang (anjur perhimpunan) gunalah sebaiknya (dengan memohon permit),” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.
Gabungan itu, yang kononnya menuntut perjalanan pilihan raya lebih adil,dilaporkan mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka setelah rancangan awal mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan mendapat bantahan rakyat sehinggakan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan Titah Khas mengenai kesan buruk yang akan berlaku sekiranya ia diteruskan.
Ismail berkata, polis dimaklumkan bahawa pengurusan Stadium Merdeka belum memberikan sebarang kelulusan untuk perhimpunan itu diadakan di situ.
0 comments:
Post a Comment