#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 July 2011

Sejak berdamping dengan Anwar... Pak Samad dah pandai kata Najib kejam...Klik tengok video di sini.




A. Samad Said mula bersuara seperti ahli politik, yang secara langsung membuktikan penyatuan dirinya dan angkatan pembangkang.  Saban hari membaca kenyataannya di dada akhbar, ia menimbulkan sikap tidak puas hati, dan seterusnya bibit-bibit kebencian mula mekar.  Apa yang sebenarnya berlaku kepada Sasterawan Negara ini?
Pendedahan dari sebuah blog, Papa Gomo yang menerima email dari pembaca cukup mengejutkan.  Ia mendedahkan apa yang berlaku ke atas Pak Samad.
Ia sekaligus membuktikan wujud unsur tidak puas hati kepada kerajaan di hati sanubari Pak Samad walaupun kenyataannya bahawa beliau telah diberikan bantuan bernilai RM3 juta oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi menerbitkan karya-karyanya agar dapat dinikmati oleh rakyat jelata. Walau bagaimanapun, projek ini telah gagal, dan ke mana pula hilangnya RM3 juta itu?
Kegagalan ini telah membuatkan Pak Samad memohon bantuan tambahan, yang kemudiannya ditolak oleh kerajaan negeri Melaka. Di sinilah bibit ketidakpuasan hati Pak Samad mungkin terjadi.
Menangguk di air keruh, muncul pula kroni-kroni Anwar yang “menyelamatkan” Pak Samad.  Apakah ianya “ikhlas”?  Apakah dunia cukup bodoh untuk mengenali Anwar? Seorang “opportunist” dan juga “master of manipulation”.  Soal ikhlas atau tidak, Pak Samad sebenarnya sudah terhutang budi, dan tidak sanggup menanggung risiko; hidup susah!!!
Mahu tidak mahu, beliau terpaksa menjaga “periuk nasi” nya.  Jadilah beliau sebagai jaguh Bersih 2.0, yang cukup meragukan latarbelakang penganjurnya, apatah lagi jika dikaitkan dengan puisi-puisi Pak Samad yang berteraskan nasionalisma!
Jadilah Pak Samad seperti Anwar, Ambiga, dan kuncu-kuncu Bersih yang lain.  Penghormatan rakyat kepadanya semakin pudar, se pudar kabus di hening pagi, hilang tatkala munculnya fajar pagi!!!


Sumber : Selangor Daily

1 comments :

  1. nama aja gah, apa gunanya kalo lupa daratan......dah tua2 begini msh nak meroyan...

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.