#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

8 July 2011

Perintah mahkamah menghalang 91 orang ini berada di KL 9 Julai ini... ( SENARAI PENUH 91 NAMA DI SERTAKAN DI SINI )



Polis telah memperolehi perintah mahkamah menghalang 91 orang daripada
memasuki/berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dari pukul 8 pagi hingga 6 petang pada 9 Julai ini.


Jika melanggar perintah mahkamah tersebut mereka akan ditangkap serta merta, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.


Perintah mahkamah itu merangkumi pemimpin Bersih, PERKASA dan Pemuda UMNO.
Dipercayai ia bertujuan bagi menghalang mereka menyertai mana-mana perhimpunan haram di Kuala Lumpur.


Amar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.


“Mereka boleh ditahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak mematuhi perintah mahkamah yang boleh membawa kepada hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang media di IPKKL, Khamis.


Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.


Manakala itu, 14 orang dari PERKASA pula termasuk Presidennya, Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya iaitu Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.
Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin Pemuda UMNO yang merancang menganjurkan perhimpunan Patriot termasuk ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.


Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.


Selain itu, perintah mahkamah juga diperolehi untuk menutup sebanyak mungkin bagi mengelakkan sebarang pihak mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.


Manakala untuk orang pula, anda “sangat tidak digalakkan” berada di ibu negara Sabtu ini.
Media juga difahamkan, operasi bas di hentian Puduraya serta Hentian Putra dipindahkan ke Bandar Tasik Selatan dari jam 8 pagi hingga empat petang hari berkenaan.


Senarai nama Pemuda UMNO:
Khairy Jamaludin, Megat Firdaus Megat Junid, Reezal Merican Naina Marican, Megat Zulkarnain Omar Din, Rizalman Mokhtar, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, Lokman Noor Adam, Abdul Azeez Rahim, Ungku Saleh Ungku Jamal, Arman Azha Abu Hanifah, Tun Faisal Ismail Aziz.


Senarai nama Perkasa:
Ibrahim Ali, Ab Rahman A. Bakar, Syed Hassan Syed Ali, Irwan Fahmi Ideris, Roslan Kassim, Sharifuddin Abd Hamid, Dr Zubir Harun, Ameir Hj Hassan, Ahmad Saad, Ahmad Zaini Ismail, Muhammad Zahid Md Arip, Abdullah Mansor, Zaira Jaafar, Norkhaila Jamaludin,Prof. Kamaruddin Kachar,Zulkifli Noordin,Khalid Yunus.


Senarai nama Bersih
S Ambiga, Mohamad Sabu, Hishamuddin Md Rais, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Maria Chin Abdullah, Chua Tian Chang, Kamarulzaman Mohamad, Mohd Hatta Md Ramli, Syed Shahir Syed Mohamad, Syed Ibrahim Syed Noh, Teresa Kok, Badrul Hisham Shaharin, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Arutchelvam Subramaniam, Wong Chin Huat, Ong Boon Keong, Enalini Elumalai, Haris Fathillah Sathiasingam Mohd Ibrahim, Dr Zubir Harun, Abd Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nurul Izzah Anwar, Kohila Yanasekaran, Zaid Kamaruddin, Khoo Teng Swee, Fadiah Nadwa Fikri, Yap Swee Seng, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Nasaruddin Hassan, Mazlan Aliman, Dr Seyd Azman Syed Nawawi, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Mujahid Yosof, Khalid Abd Samad, Mohammad Nizar Jamaludin, Azman Shapawi Abd Rani, Suhaizan Kaiat, Nor Azli Musa, Mohd Firdaus Jaafar, Loke Siew Fook, Lai Wen San, Mohd Azmin Ali, Mat Shuhaimi Shafie, Satiful bahari Mamat, Wan Hassan Mohd ramli, Mohamad Izzuddin Hilmi Mohd Zaini, Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Hilman Idham, Mohd Shukri Che Ab Razak, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, Choo Chon Kai, Sarasvathy Muthu, Soh Sook Hwa, Nurul Izham Nurul Anuar, Abd Rahim Osman, Mohd Sibri Ismail, Mohd Lukman Muda, Mohd Noordin Abdullah


Sumber : N9kini.com

1 comments :

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.