#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

3 July 2011

Saudara Nik Aziz masuk UMNO, sokong BN... Baca pengakuannya...


Sudah serik ditipu kepimpinan PAS kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

"Kalau dahulu, PAS kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini PAS membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu. 

Beliau juga kesal apabila PAS sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC. 

"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang PAS panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO-Barisan Nasional kerana menyokong PAS sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap PAS hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan PAS mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am PAS itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga." katanya lagi.

Rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) selepas 2,800 ahli PAS menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, penyertaan mereka membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan PAS semakin berkurangan.


Sumber : BHarian Online - Sabtu / 2 Julai.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.