SEJAK kebelakangan ini, saya mendapati laporan portal pro pembangkang The Malaysian Insider semakin berani menyiarkan komen-komen yang menghasut rakyat dan mencerca kerajaan.
Apa sahaja dilakukan isu berkaitan kerajaan mahupun politik UMNO, pasti ia akan diiringi dengan komen-komen negatif.
Saya pernah cuba menghantar komen positif berhubung isu yang diperbincangkan, namun ia tidak disiarkan biarpun saya memberi nama penuh.
Dari situ, saya semakin faham agenda tidak jujur The Malaysian Insider yang hanya mahu menyiarkan komen-komen yang memihak kepada pembangkang sahaja. Tetapi dalam masa sama, mereka menuduh media arus perdana berat sebelah dan tidak profesional.
Namun begitu, apa yang menjadi kebimbangan saya ialah keghairahan portal berita itu yang menyiarkan komen-komen yang boleh menjurus kepada ketegangan kaum dan memburuk-burukkan kerajaan.
Komen-komen tersebut boleh mencemarkan nama baik kerajaan dan ada kala boleh menjejaskan keharmonian rakyat negara ini.
Oleh itu, saya ingin menggesa pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya jangan hanya menjadi pemerhati sahaja.
Kalau media arus perdana termasuk Utusan Malaysia pernah diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri, apa istimewanya The Malaysian Insider? Kenapa tiada tindakan ke atas mereka?
Saya berharap, selepas ini akan ada tindakan SKMM ke atas The Malaysian Insider. Jangan biarkan mana-mana portal atau media dalam negara ini menjadi duri dalam daging kepada usaha kerajaan memakmurkan dan mensejahterakan rakyat.
Ambil tindakan tegas ke atas The Malaysian Insider
Petros-Petronas spat is far from resolve
-
Upon the demise of Allahyarham Tun Pehin Seri Taib Mahmud in February 2024,
open and frank conversation over Sarawak rights on its oil and gas under
Chi...
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota
-
*Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula
bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan
se...
BN UMUM CALON SABTU INI
-
BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan
mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka pada j...
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
-
PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi
Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat
ke kerus...
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
-
Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai
iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima
rakyat ...
Pemimpin ....
-
Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya.
Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam
kepimpinannya...
0 comments:
Post a Comment