Kumpulan Patriot akan sentiasa tegas dan tidak berkompromi ketika berdepan cubaan menggugat kedaulatan negara oleh puak penderhaka, kata pemimpin kanannya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Abdul Azeez, yang ditahan bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika Patriot membantah perhimpunan jalanan di Bukit Bintang semalam berkata, tindakan kumpulan itu bukanlah semata-mata mahu menyertai demonstrasi jalanan, sebaliknya sebagai satu protes terhadap pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dalam negara.

“Kita berjuang untuk mempertahankan Istana Negara dan Stadium Merdeka dari dicemari, dan yang paling utama, kita nak berdepan dengan orang derhaka dengan Yang di-Pertuan Agong dan negara tercinta.
“Patriot memang sentiasa tegas kalau ada pihak nak gugat kedaulatan negara, kerana kita akan duduk di barisan hadapan, dan kita akan himpunkan ratusan ribu Pemuda, jika perlu,” katanya.
Sumber: Bernama
0 comments:
Post a Comment