Terbahak-bahak sambil berkata “bab ni kena kembang elok2.. muahahahaha!!!” adalah satu manifestasi persetujuan bahawa video tersebut hendaklah dimaksimumkan agar impaknya besar. Dan diakui, impaknya cukup membuatkan Anuwar hilang akal, sambil ostat-ostat PAS mula berfatwa merapu, termasuklah presidennya.
Video ini cukup menggegarkan hati Johari Abdul. Lagaknya seolah hilang pedoman. Agak lucu membaca kenyataan dari Johari Abdul yang cuba mengheret rakyat kepada satu lagi persoalan; pembuktian RM 1 juta sebagai pelincir yang pernah didakwa oleh Datuk T. Juga, Johari Abdul cuba untuk menggambarkan dirinya sebagai anak saudara yang baik apabila mahu mencium tangan bapa saudaranya yang juga anggota Datuk T.
Rakyat belum lupa apa yang berlaku diantara Johari dan bapa saudaranya, yang sedikit sebanyak menghakis kepercayaan rakyat terhadapnya, dan mungkin keluarga terdekat! Dan ini sememangnya cukup ditakuti oleh Johari yang bakal mencemarkan imejnya selaku wakil rakyat.
Pendedahan video ini juga meremukkan hati Anwar yang bermuka-muka, dan mengesahkan Wan Azizah sebagai pembohong no. 2, like husband like wife! Bersiaran secara langsung dan ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia melalui TV3, Wan Azizah dan Nurul Azizah memberitahu bahawa jam Omega milik Anwar ada pada mereka. “It’s there” kata Wan Azizah.
Video ini jelas kelihatan Eskay menunjukkan jam tersebut kepada Johari Abdul! Satu fakta yang menggemparkan, sekaligus membuktikan bahawa Wan Azizah dan Nurul Izzah adalah PEMBOHONG! Apatah lagi Anwar!
Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong masih sempat Chinadoll ditiduri!
0 comments:
Post a Comment