RM2.6 wang 1MDB?

10 September 2013

Azalina tarik diri? KLIK baca ni!



Ahli Parlimen Pengerang yang juga bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said khabarnya akan menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno Malaysia.

Azalina, yang sebelum ini menyatakan hasratnya secara terbuka untuk menentang penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebaliknya mungkin akan hanya bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi.

Sumber dalaman pasukan kempennya memberitahu, keputusan itu diambil selepas Azalina bertemu dan berbincang dengan beberapa pemimpin tertinggi parti.

“Beliau adalah seorang yang sayangkan Umno. Beliau juga adalah seorang yang setia kepada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan. Walaupun beliau seorang pejuang dan bersedia menyahut apa jua cabaran tetapi beliau adalah seorang yang menghormati nasihat yang diberikan kepadanya,” kata sumber dalaman itu.

Sehubungan dengan itu, Azalina dijangka membuat satu kenyataan penting berhubung keputusan muktamadnya pada 20 September ini.

Tarikh pendaftaran untuk bertanding jawatan dalam Pemuda, Wanita dan Puteri dijadualkan berlangsung pada 21 September.

Azalina, yang merupakan pengasas Pergerakan Puteri Umno telah berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang besar sejak mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan ketua wanita khususnya selepas seorang demi seorang kepimpinan parti menyatakan sokongan terbuka mereka kepada Shahrizat.

Malah adalah difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menasihati Azalina agar menimbang semula keputusannya untuk mencabar Shahrizat.

Ini kerana ramai yang bimbang sebarang pertandingan yang sengit akan mengoncang sayap Umno itu apatah lagi Wanita Umno dianggap sebagai tulang belakang parti itu.

Azalina juga menjadi mangsa kritikan dan sasaran sesetengah pihak khususnya di kalangan wanita sendiri yang menganggap beliau tidak sesuai bertanding jawatan ketua wanita kerana belum pernah berumah tangga.

Misalnya pada Majlis Rumah Terbuka Wanita Umno Kedah baru-baru ini, Ketua Wanita Umno Negeri, Datuk Maznah Hamid dalam ucapannya menegaskan wanita sentiasa boleh merujuk kepada Shahrizat jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah berumahtangga dan juga seorang ibu.

“Wanita itu adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu," katanya.

Sebelum ini terdapat juga spekulasi yang mengatakan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaakob akan turut menarik diri daripada bertanding jawatan naib ketua wanita tetapi berita ini masih belum muktamad.

Lawannya ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Dun, yang merupakan regu Shahrizat. - mstar
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.