#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 September 2013

HARGA MINYAK NAIK: Mulalah 'naik minyak' hati panas'? KLIK baca ni!


Bila saja diumumkan kenaikan harga minyak dengan tujuan kerajaan bagi mengurangkan tanggungan subsidi, semalam... Pelbagai pendapat serta riaksi kalangan rakyat dapat dilihat. Sebahagian dari mereka kelihatannya cuba bersikap rasional dan menerima kenaikan ini sebagai sesuatu yang perlu, dan harus diterima walaupun sedikit kecewa. 

Ada juga diantaranya yang menolak dengan bertindak liar, timbulkan rasa marah dan tunjukkan panas hati dengan keputusan yang telah dibuat kerajaan. 

Seperti biasa lah... Dah menjadi asam garam pembangkang.... Isu minyak naik harga, adalah suatu yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka. Peluang keemasan dan kesempatan bagi mereka untuk mengapikan rakyat menbenci kerajaan. Bila saja harga minyak dinaikkan, puak-puak blah sana tu... Sekelip mata lah 'naik minyak'!

Bagi kerajaan yang memerintah, bukan semudah pembangkang... Yang kerjanya bukak mulut, bangkang! Dah tu, semuanya lebih kepada kepentingan dan pandangan untuk 'perut sendiri' tanpa usul periksa serta mahu melihat setiap sudut penentu masa depan rakyat dan negara. 

" Kalau hang rasa nak percaya, hang pi lah dengaq kata depa nooo... Dah tu, mengeluporq tak tentu pasai. Bleh gitu...? " Kot ye pun, jangan lupa dan bersyukurlah kerana minyak di negara kita masih berada di kadar termurah berbanding negara-negara jiran yang terdekat.

Takat ni, harga minyak di Thailand adalah RM4.71, Filipina RM5.85, Singapura RM5.48, Indonesia RM3.08 dan Malaysia RM2.10.

Apa yang dilakukan kerajaan sebenarnya ini, adalah antara langkah membentuk negara ke arah berpendapatan tinggi. Pengurangan subsidi minyak sebenarnya perlu dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan jauh.

Perlu diingatkan bahawa negara kita (Malaysia) dalam ‘perlumbaan’ untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, sedangkan ekonomi dunia hari ini berada di dalam keadaan tidak menentu.

Dari itu, negara perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan kesan langsung dan tidak langsung dari perkembangan politik global.

Dengan kadaan Defisit Malaysia yang mencecah RM14 billion serta hutang negara yang mencatatkan kadar 53% berbanding GDP, kerajaan kenalah lebih aktif dalam usaha merancakkan ekonomi.

Salah satunya dengan meningkatkan usaha untuk menarik pelaburan asing.Untuk itu, persepsi asing terhadap Malaysia amatlah penting. Malangnya, berdasarkan laporan penyelidikan yang dilakukan oleh Fitch Ratings, Malaysia telah mencatatkan pandangan negatif dalam beberapa bulan selepas PRU-13 terhadap negara kita.

Sekiranya laporan negatif ini benar-benar berlaku, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi persepsi pelabur untuk keluarkan pelaburan sedia ada mereka dari negara ini sekali gus menjejaskan peluang negara untuk mendapat pelaburan baru.

Dan pastinya ia merupakan bencana kepada negara.

Justeru itu, bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing. Usaha memulihkan persepsi pelabur dengan meningkatkan kedudukan dalam Fitch Ratings, semestinya harus dilakukan. Ini boleh dicapai dalam kadar segera dengan mengurangkan subsidi untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan mengurangkan defisit.

Tindakan ini bukan sahaja mampu memulihkan persepsi asing pada kadar segera, tetapi juga dijangka membantu memberangsangkan ekonomi dalam jangka panjang, sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan jumlah bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah serta yang memerlukan.

Dengan RM1.1 billion yang dapat dijimatkan melalui pengurangan subsidi ini, ia dapat menambah bagi keperluan untuk projek-projek pembangunan di luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak sepertimana yang dijanjikan.

Antaranya :


*Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.


( Sumber dari : SENARAI MANIFESTO KERAJAAN BN - PRU13 )

Dari situ, kita turut menjangkakan peningkatan pendapatan di kalangan penduduk luar bandar akan terhasil. Beberapa program lain yang turut dicadangkan, antaranya, skim insurans untuk golongan berpendapatan rendah, boleh dilaksana.

Secara dasarnya, langkah mengurangkan subsidi ini dilihat sebagai persediaan awal ke arah sebarang kemungkinan dalam menghadapi cabaran global yang semakin genting dan tidak terjangka.
Mengekalkan persekitaran yang "Ideal" adalah lebih baik daripada segalanya dan rakyat perlu seiring dengan kerajaan untuk sama2 merealisasikannya. Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlu dipersiapkan dengan sikap dan mentaliti yang sewajarnya bagi meningkatkan daya saing di peringkat individu. 

‘Mentaliti subsidi’ perlu dikikis secara perlahan-lahan, namun tidak terlalu perlahan.

Oleh yang demikian, masyarakat perlu turut memainkan peranan untuk sama-sama menyertai ‘perlumbaan’ ini. Dengan langkah keputusan kerajaan dalam mengurangkan subsidi,hari ini. Jelas ia satu usaha positif ke arah membawa negara berpendapatan tinggi sepertimana yang kita idam-idamkan.


ARTIKAL BERKAITAN selanjutnya KLIK SINI... 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.