Kerana tidak mampu memperjuangkan hak bumiputera dan bimbang sokongan kaum Cina akan lari kepada parti lain, sekali gus nak lahir perasaan benci rakyat kepada kerajaan serta dalam masa sama sokongan kaum Cina masih kekal kepada mereka...
Pembangkang cuba tunjuk hebat dengan menuduh tindakkan Perdana Menteri, DS Najib agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB) seperti mahu diangkat sebagai hero dalam negara.
Tindakkan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang cuba memutarbelit dan membuat kenyataan salah dengan menuduh DS Najib Tun Razak mengamalkan sistem kroni dalam melaksanakan agenda MPEB itu juga sebagai terdesak dan berada dalam ketakutan apabila Barisan Nasional (BN) masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat sehingga ke hari ini.
Malah, Tony dengan jelas cuba membawa agenda MPEB ke arena politik dengan cubaan menghasut rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera agar percaya segala yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk kroni.
Kredibiliti Tony bersuara tanpa sebarang fakta, menyifatkan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri sebagai biadab.
Tony seperti yang diketahui umum hanya bercakap bagai angin lalu tanpa mengemukakan sebarang bukti kukuh dan setiap patah yang dikatakan hanyalah sebagai cubaan untuk menarik rakyat membenci kerajaan.
"Bukankah MPEB baru sahaja dirasmikan jadi bagaimana Tony mempunyai pengetahuan yang begitu luas tentang apa berlaku di sebalik pengumuman Najib itu?,"
Kenyataan Tony yang tidak berasas itu tidak lain mempunyai agenda tersirat untuk memecahbelahkan hubungan orang Melayu apabila gagal memerintah negara setelah tidak menerima kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.
"Daripada Tony sibuk menjaga kain orang lain, lebih baik dia dan partinya selesaikan dahulu masalah rakyat di Pulau Pinang.
"Sudah namanya pun pembangkang, apa jua yang dilakukan oleh kerajaan walaupun untuk kebaikan tetap dibangkang.
Sudah-sudahlah Tony, hentikan taktik kotor mu itu. Jangan lupa anda adalah rakyat negara ini, anda berjaya sama ada dalam pelajaran juga daripada bantuan dan sumbangan kerajaan selama ini...
Makan boleh sebarang makan... Cakap jangan sebarang cakap...
Mulut tu jaga-jaga sikit!
MP: Mulut busuk bau longkang!!!
Sudah-sudahlah Tony, hentikan taktik kotor mu itu. Jangan lupa anda adalah rakyat negara ini, anda berjaya sama ada dalam pelajaran juga daripada bantuan dan sumbangan kerajaan selama ini...
Makan boleh sebarang makan... Cakap jangan sebarang cakap...
Mulut tu jaga-jaga sikit!
MP: Mulut busuk bau longkang!!!
0 comments:
Post a Comment