Senang saja Tan Sri Khalid Ibrahim nak elak isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Selepas suruh semua Exco, pegawai dan Jabatan kerajaan di Selangor tutup mulut berhubung isu itu, Menteri Besar tersebut juga tutup mulut.
Apabila diasak wartawan dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco pada Rabu, Khalid sikit-sikit jawab ‘ kena tunggu laporan lengkap JAIS’ sebelum komen isu yang bikin kerajaan negeri pimpinan pembangkang itu semakin panas.
Kerana nak elak sangat menjawab, soal status gereja itu yang dianggap ‘haram’ selepas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan premis berkenaan hanya diluluskan sebagai pusat komuniti, Khalid kata, JAIS kena buat laporan mengenai status gereja itu.
Apabila ditanya, adakah beliau akan dapatkan daripada MBPJ berkenaan status gereja itu, jawab Khalid,” Saya tak ada laporan terperinci mengenai perkara ini. Saya tak nak komen. Saya tunggu laporan JAIS untuk beri fakta-fakta. Apabila ada fakta JAIS, saya akan beri pada umum...
Pada masa yang sama, di maklumkan JAIS mengalami kesulitan mendapatkan keterangan 12 orang terbabit kerana undang-undang yang diketengahkan oleh peguam yang mewakili semua mereka.
Malah menurut Khalid, pejabat Menteri Besar turut menerima surat dari sebuah firma guaman yang mewakili 10 orang Islam yang berada dalam gereja itu.
Sumber: Agenda Daily
0 comments:
Post a Comment