Nak melayan parti yang ada di Malaysia sekarang ni pun naik sakit kepala di buatnya... Ada juga lagi pertubuhan yang berhajat untuk di daftarkan menjadi sebuah parti politik.
Tapi apa yang berlaku, Parti Hak Asasi Manusia (HRP) gagal dalam usahanya untuk menjadi sebuah parti politik berdaftar apabila permohonannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Ekoran keputusan itu Mahkamah Tinggi hari ini mengenepikan permohonan seorang peguam, P. Uthayakumar untuk membuat semakan kehakiman terhadap ROS, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan ROS Wilayah Persekutuan, bagi meluluskan dan mendaftar HRP sebagai sebuah parti politik.
Hakim Datuk Rohana Yusuf yang membuat keputusan itu di kamarnya turut memerintahkan Uthayakumar untuk membayar kos RM2,500 kepada ketiga-tiga responden.
Uthayakumar yang mewakili dirinya memberitahu media bahawa mahkamah hari ini dijadualkan mendengar permohonan semakan kehakiman beliau, namun mahkamah menolak permohonan itu kerana ia menjadi akademik ekoran keputusan ROS itu.
Beliau berkata, ROS dalam surat bertarikh 4 Ogos memberi dua sebab penolakan itu, iaitu ia mendapati HRP tidak diurus dengan baik dan pertubuhan itu gagal mengemukakan perlembagaannya, bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan ROS.
Sumber – Bernama
Soundbytes I Like to Hear Coming from Budget 2027
-
There has been much talk about taking Budget 2027 to the ground, listening
to different groups and understanding their concerns before the Budget is
fin...
15 hours ago


0 comments:
Post a Comment