Anwar terus menerus dengan perangai lamanya menyerang negara sendiri di luar negara.Ternyata sekali dendam kesumat yang terbeku dalam hatinya telah memungkinkan Anwar tergamak ‘menghina’ tanah air sendiri semata-mata untuk meraih simpati rakyat asing.
Apa yang anehnya, Anwar dalam satu wawancara dengan media di Indonesia mendakwa bahawa beliau mendalami al-Quran dan hadis ketika menjadi penghuni di Penjara Sungai Buloh.
Kalau Anwar mendakwa kononnya beliau mempunyai begitu banyak masa mendalami al-Quran, apakah beliau tidak memahami maksud ayat ini?
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam Surah An Nisaa’ ayat 59 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.
Malahan Anwar juga melakukan fitnah kepada kerajaan Malaysia yang diperintah oleh orang Islam apabila mendakwa berlaku keganasan dalam demonstrasi 9 Julai lepas. Ia termasuk memfitnah polis kononnya bertanggungjawab ke atas kematian seorang penunjuk perasaan dan menahan lebih 1,600 penunjuk perasaan.
Anwar mengatakan di Malaysia demokrasi makin terhakis tetapi beliau sendiri menang dalam pilihan raya dan lebih unik lagi beliau mungkin satu-satunya orang kena tuduh (OKT) dalam satu kes yang serius tidak ditahan pasportnya. Tindakan tersebut membolehkan Anwar mengeliling dunia biar pun kesnya masih dibicara di mahkamah dan kesempatan itu sebahagian besarnya digunakan oleh Anwar untuk memburuk-burukkan tanah air sendiri.
Tidak cukup memburukkan negara di Indonesia, Anwar terus membawa fitnahnya ke Filipina pula.
Di sana, Anwar mendakwa kes liwatnya yang telah bermula hari ini akan di lengah-lengahkan sehingga pilihanraya umum akan datang. Siapa yang tangguh kes liwatnya? Bukankah dia sendiri yang menangguh-nangguhkan kes itu dengan pelbagai alasan, helah dan tipu muslihat.
Dalam kenyataannya di University of the Philippines. Anwar kata, demokrasi di Malaysia semakin terhakis dan rakyat tidak mendapat pilihanraya umum yang bebas. Anwar turut mendakwa terdapat 200,000 warga Indonesia di daftarkan sebagai pengundi di Malaysia.. Nah, mengapa Anwar tidak bercerita sama bahawa isterinya pun mempunyai no kad pengenalan 71? Dalam pada masa yang sama, beliau mengajak dan Estrada kawan baiknya itu bersetuju untuk ingin sama datang membantu berkempen di Malaysia.
Lihat ini:
Oleh itu rakyat tidak harus terpedaya dengan tindakan Anwar yang dari semasa ke semasa semakin merapu dalam usahanya meraih sokongan bagi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Mungkin selain masalah moral, sikap Anwar yang suka memburuk-burukkan negara di luar negara juga menjadi pertimbangan bagi sesetengah kelompok di dalam pembangkang yang merasakan Anwar tidak lagi layak memimpin pakatan mereka.
Tindakan Anwar itu berbeza dengan ramai pemimpin pembangkang lain yang jarang sekali kita dengar mereka sanggup melakukan apa yang Anwar buat di luar negara.
Justeru adalah wajar jika tindakan Anwar kali ini diperangi habis-habisan kerana ini bukanlah kali pertama Anwar bertindak bagaikan duri dalam daging dan gunting dalam lipatan bagi Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia dan umat Islam, nilailah tindakan Anwar itu dengan fikiran waras dan tenang, apakah perbuatannya memburuk-burukkan negara sendiri adalah wajar dan apa yang beliau katakan adalah satu kebenaran.
Dalam soal ini, ingatlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 204 yang bermaksud:
‘‘Antara manusia ada yang tutur katanya mengenai kehidupan dunia menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya padahal dia adalah orang yang sangat keras permusuhannya (kepadamu)’’.
Semoga kita tidak terus dibelenggu oleh politik kebencian yang ditiupkan oleh Anwar terutamanya di bulan yang suci ini... Insyaallah...
Sumber: Utusan Online
0 comments:
Post a Comment