#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

13 August 2011

Isu Larangan baca al-Quran guna pembesar suara waktu Subuh : Fatwa melulu


Belum selesai lagi isu JAIS, timbul pula isu tindakkan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang juga dilihat seperti menyentuh martabat umat islam.

Tindakkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang mengeluarkan larangan bacaan Al-Quran menggunakan oembesar suara pada waktu Subuh di masjid dan surau di negeri itu menimbulkan pelbagai reaksi dari beberapa pehak.

Hari ini, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di masjid dan surau di negeri itu kerana ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini.

Pengerusinya Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin, berkata larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri seharusnya mengadakan perbincangan dulu bersama mufti di negeri lain melalui Majlis Agama Islam kerana larangan itu dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan sama di negeri lain.


Katanya, pertemuan dengan masyarakat setempat perlu diadakan bagi memperoleh kata sepakat sama ada mereka bersetuju jika dilaksanakan larangan itu atau tidak.


"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.


"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Akhbar ini, semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.


Mengenai tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang memutuskan larangan itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abi Sa’id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud, Abd Shukor berkata sabda itu diiktikaf oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk tidak mengganggu bacaan al-Quran yang dibaca oleh jemaah lain pada waktu sama di masjid.


"Sama juga ketika membaca khutbah, jika kita berbual di belakang adalah dilarang, tetapi masjid sekarang kosong ketika waktu sebelum subuh jadi kita kena mengimarahkan dengan bacaan al-Quran.


"Dan bacaan al-Quran di satu kawasan yang majoritinya diduduki umat Islam tanpa ada faktor penghalang adalah digalakkan,” katanya.


Katanya, beliau ada menghubungi Jawatankuasa Fatwa Negeri, tetapi sehingga kini masih tidak dapat maklum balas daripada pihak berkenaan berkaitan hal terbabit.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah menggesa supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri menarik balik larangan berkenaan sebelum badan itu mengambil tindakan.


“Kita sudah membaca al-Quran sebelum waktu subuh berpuluh-puluh tahun lamanya dan tidak sepatutnya baru sekarang ia ditimbulkan,” katanya.

Sumber: BHarian Online.

1 comments :

  1. MEMANG SABDA NABI MELARANG UMAT ISLAM MEMBACA ALQURAN DENGAN SUARA NYARING KERANA MENGGANGGU ORANG SEDANG BERIKTIKAF YANG SEDANG BERZIKIR DAN SEBAGAINYA. NAMUN SEKARANG INI BOLIH DIKATAKAN TIDAK ADA UMAT ISLAM YANG MENGAMALKAN IKTIQAF DI MASJID KERANA MASJID AKAN DITUTUP DAN DIKUNCI SEBAIK SAHAJA IMAM DAN SIAK BALIK KE RUMAH MASING-MASING. SEMASA AL-QURAN DIBACA UMAT ISLAM SEKITAR TAHU BAHAWA MASA MASIH ADA UNTUK BERSAHUR DAN WAKTU SUBOH SUDAH HAMPIR TIBA. SEMASA ZAMAN NABI UMAT ISLAM MENJADIKAN MASJID SEBAGAI RUMAH NO 2 DAN SENTIASA MENGIMARAHKAN MASJID, LA NI MASJID HANYA MENJADI TEMPAT SOLAT SAHAJA, DAN SUARA AZAN YANG DIPERDENGARKAN MELALUI PEMBESAR SUARA SEAKAN TIDAK DIDENGARI OLIH UMAT ISLAM. KALAU NAK KELUARKAN FATWA - PIHAK MAJLIS AGAMA SILA USAHAKAN AGAR UMAT ISLAM SOLAT 5 WAKTU DI MASJID. SETAKAT MENGAJAR KEPADA ORANG YANG SUDAH AKTIF MENGIMARAHKAN MASJID TIDAK AKAN MEMBERI KESAN. WAHAI STAFF JABATAN ISLAM - PERGILAH BERCERAMAH DAN AJAK MEREKA YANG SEGAN KE MASJID TU - CARA INI LEBIH BERKESAN.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.