#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

14 August 2011

Kemana mahu perginya PAS... Klik baca sini!


Semakin hari, semakin banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan demonstrasi aman menyokong Jabatan Agama Islam (JAIS) berhubung kontroversi pemeriksaan terhadap sebuah gereja yang dipercayai mengadakan majlis untuk memesongkan akidah umat Islam.

Sejak isu itu tercetus, saban hari, ada sahaja kenyataan dan demonstrasi sokongan daripada umat Islam seluruh negara kepada JAIS.

Pada Kawan, ia adalah isyarat yang jelas betapa umat Islam memandang serius isu-isu cubaan memesongkan akidah dan murtad, yang kian membimbangkan.

Sekali lagi ia membuktikan bahawa NGO Islam, mufti, ulama dan umat Islam bingkas bersatu apabila berdepan dengan isu-isu kritikal seperti itu. Inti pati reaksi mereka sama - wajib pertahan akidah.

Kawan turut bersyukur kerana ada beberapa kerat pemimpin Pas masih berani ‘melawan arus’ - meletakkan kepentingan agama mengatasi percaturan politik.

Pendirian tegas Exco hal ehwal agama Selangor, Dr. Hassan Ali dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi yang lantang mempertahankan tindakan tegas JAIS atas nama menjaga kesucian Islam, harus dipuji.
Mereka sendiri menjadi mangsa kecaman ramai pemimpin dan ahli Pas terutama golongan pro Anwar Ibrahim atau Anwarinas, yang mengambil pendirian mirip DAP.

Dalam menghadapi tekanan Pas, Hassan Ali menyatakan beliau rela hilang jawatan daripada mengorbankan agamanya. Nasrudin pula secara terbuka menerusi blognya memohon doa daripada Allah SWT agar diberi kekuatan dalam menghadapi cabaran terutama tekanan dalaman.

‘‘Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran,’’ katanya.

Kenyataan tegas Nasrudin sebelum ini bahawa Dewan Pemuda Pas akan mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan air nyawa, sememangnya mengundang tekanan hebat.

Kawan terharu dengan keberanian kedua-duanya dan semoga Allah memberikan mereka kekuatan. Begitu juga dengan seruan daripada Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mahu pemimpin Melayu bersatu, bukannya melatah, dalam menyelamatkan akidah umat Islam.

Kawan angkat topi kepada beliau, yang cukup realistik dalam pendekatannya. Walau apa sekalipun pendirian politik, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya.

Persoalannya bila lagi pemimpin Pas yang lain mahu bangkit daripada terus terperangkap dalam percaturan politik yang merugikan umat Islam?

Ketika pemimpin DAP bersatu dalam mempertahankan agama yang mereka anuti, Pas sendiri berpecah.
Malah yang yang menyedihkan, para pemimpin utama Pas tunduk membiarkan Islam digugat hanya kerana perhitungan undi dan pilihan raya.

Seolah-olah kiblat golongan tersebut adalah DAP, junjungan besar mereka adalah Lim Kit Siang dan agama mereka adalah pluralisme. Pendekatan mereka memudaratkan Islam dan lebih bahaya berbanding pemimpin-pemimpin ajaran sesat seperti Ayah Pin.

Belum pernah dalam sejarah Pas kelihatan sebegitu keliru, gentar kepada pengaruh parti bukan Islam dan sanggup memperdagangkan agama demi politik.

Dalam isu JAIS, ternyata kerajaan campuran pembangkang di Selangor gagal menanganinya mengikut semangat perlembagaan negara.

Maka jelas, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk kesekian kalinya, gagal menjaga kepentingan umat Islam. Dia hanya mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin DAP. Dayus sekali.

1 comments :

  1. Tutup buku PAS. Masuk UMNO... Bersatu demi mempertahankan maruah agama & bangsa. Itu lebih berfaedah la PAS!

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.