RM2.6 wang 1MDB?

25 Ogos 2011

Gamat! Bila Ulama' bincang politik... Klik saksi video....


Wacana Politik pagi tadi yang menampilkan tokoh-tokoh Agama dari Parti UMNO dan PAS agak gamat seketika setelah terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai isu Politik yang diaplikasi menggunakan kaedah Agama.

Dari pihak UMNO yang diwakili Fathul Bari Mat Jahya, beliau mengupas isu penyalahgunaan Agama di dalam politik yang boleh membawa kepada perpecahan Islam sepertimana yang berlaku di Negara pada ketika ini.

Sementara itu, isu Kes Liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut gamat setelah Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu. bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini telah menjelaskan layanan UMNO terhadap Ulama' di Negara ini boleh dikatakan seperti Ulama' Terompah.

Beliau menjelaskan, para Ulama' di Negara ini tidak diikhtiraf UMNO malah tidak diletakkan dalam kedudukan yang paling tinggi di dalam pentadbiran Negara.

“Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam.

“Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan ‘rice cooker’, kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik,” katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini. 

Untuk kita mendengar keterangan panel-panel yang di jemput selanjutnya, lihat video (Bah.1) di bawah atau video penuh KLIK ... Renung-renungkan...fikir-fikirkan lah....


Sumber berita & video : KLpos

Reaksi:

1 ulasan :

  1. tonton video penuh debat wacana sinar Ulama dan Politik di http://mobtv.my/public_events-139.html

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.