#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 August 2011

Video seks : game belum over lagi... Klik baca sini!


Datuk Seri Wan Azizah Ismail boleh cakap apa saja tentang video seks 99.9 peratus tulen yang dikaitkan dengan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yakin sekali orangramai sudah ‘see through’ yakni tak percaya pada pendedahan panas yang dibuat oleh trio Datuk T.

Itu katanya ketika menyentuh tentang isu berkenaan dalam satu interbiu dengan Malaysiakini.

Mungkin beliau membuat penilaian itu berdasarkan isunya agak sejuk kebelakangan ini setelah trio berkenaan dikenakan tindakan di mahkamah baru-baru ini kerana menayangkan video berkenaan.

Kata orang air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya.
Lagipun isu ini sebenarnya belum ada titik noktah.

datuktrio
Kalau setakat cakap ia fitnah, konspirasi dan sebagainya...itu sudah menjadi ayat biasa sebagai benteng pertahanan bagi empunya diri.

Cakap Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang bahawa video itu besi dan tidak boleh dijadikan bahan bukti aktor dalam video itu ialah Anwar dinilai banyak pihak agak melucukan.

Ini kerana faktanya video berkenaan disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar dari luar negara.
Juga faktanya polis ada rakaman CCTV orang yang seiras Anwar di lobi lokasi di mana aksi seks itu dirakam.

Juga faktanya isu jam Omega belum terjawab.

Soal yang paling besar sekarang adakah trio Datuk T sudah ‘ letak senjata’ dalam isu dakwaan mereka bahawa aktor dalam video itu adalah Anwar.

Mereka seperti sunyi senyap kebelakangan ini.

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang ditemui Agendadaily pada satu majlis berbuka puasa baru-baru ini memberi jawapan ringkas sahaja – ‘perjuangan belum selesai’.

Beliau ditanya adakah sudah ‘game over’ di pihak mereka VS Anwar.

Bagaimana pula dengan Datuk Shuib Lazim? Ketika ditemui secara berasingan,seorang lagi anggota Datuk T ini relaks saja memberi bayangan yang boleh buat Anwar tidak senang duduk.

Seperti juga Rahim,beliau juga geleng kepala ketika ditanya apakah isu video seks ini sudah boleh kira 'tutup buku'.

“Tunggu...” katanya bunyi macam ada sesuatu yang besar tentang Anwar masih tersimpan dalam poket mereka.

Sumber Agenda Daily:

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.