#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

29 December 2014

MCA Janji Tolong Semua Pihak - Datuk Wee Ka Siong



Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini dikhabarkan semakin bertambah buruk. Antaranya negeri Terengganu, Pahang termasuk Kelantan yang terus bertambah buruk dengan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi berada di pusat pemindahan sehingga hari ini.

Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.

Namun begitu, bencana yang melanda dinegeri-negeri terbabit di lihat tidak dibiar dan terbiar begitu saja. Selain kerajaan pusat, bencana yang melanda turut mendapat perhatian dan bantuan dari pelbagai pihak termasuk NGO serta beberapa pemimpin kerajaan juga parti.

Ia membuktikan sekali lagi betapa tingginya sikap prihatin pemimpin-pemimpin tertinggi serta rakyat negara ini terhadap mereka yang ditimpa musibah.

Segamat di Johor, antara satu lagi daerah yang telah di naiki air, sejak kelmarin.

Yang menarik perhatian MP iaitu penglibatan serta bantuan pihak MCA khususnya Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dalam menangani keperluan mangsa banjir di seluruh negara.


Menyedari kesusahan yang dialami oleh rakyat. Ahli Parlimen Air Hitam, Datuk Wee Ka Siong telah mengambil sikap proaktif melawat selain membantu menyediakan keperluan pusat pemindahan banjir serta mangsa.

Dalam satu kenyataan medianya baru-baru ini ketika melawat kawasan banjir di Pantai Timur berkata, pihak MCA amat prihatin dengan keadaan mangsa-mangsa banjir di ketiga-tiga negeri Pantai Timur, terutama dari segi pengakutan barangan keperluan yang amat diperlukan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir. Beliau berjanji bahawa MCA akan memastikan barangan keperluan akan dibekalkan secara berperingkat kepada semua mangsa banjir dalam masa terdekat.

“Saya telah melawat beberapa kawasan banjir di Pantai Timur bersama dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Naib Presiden MCA YB Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung dan Ketua CRSM (Crisis Relief Squad of MCA) Dato’ Lua Choon Hann. Kami memahami betapa desaknya mangsa-mangsa memerlukan barangan harian dihantar kepada mereka. Dalam perkara ini, MCA akan memastikan kesemua barangan keperluan diagihkan ke pusat-pusat pemindahan mangsa banjir dengan kadar segera.”



“Kami dalam proses untuk mempertingkatkan cara pengangkutan barangan keperluan ke semua pusat pemindahan. Pada masa yang sama, kami juga mengambil alternatif untuk menghantar barangan melalui jalan darat. Walaubagaimanapun, kami akan terus menghantar barangan keperluan yang amat diperlukan oleh mereka (mangsa banjir) sekarang.”

Beliau juga berharap agar mangsa-mangsa banjir lebih memahami dengan kesukaran yang dihadapi dalam proses penghantaran barangan keperluan tersebut, seperti kadang-kala helikopter tidak dibenarkan berhenti di sesetengah tempat dalam keadaan tertentu. Faktor-faktor sedemikian merupakan penyumbang kepada kelewatan barangan keperluan sampai ke pusat pemindahan.


“Walaubagaimanapun, MCA akan tetap menghulurkan pertolongan dari semua segi dan memberikan bantuan kepada semua pihak dalam usaha-usaha membantu mangsa banjir. Itu janji kami.” tambah Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong juga merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Nampak tak? Betapa bertanggung jawabnya pemimpin-pemimpin kita dalam Barisan Nasional. Bukan saja pemimpin UMNO, malah pemimpin dan parti-parti komponen yang lain tidak sekali pun melepaskan tangan dan melepaskan pandang dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang dalam musibah.







Baru-baru ini juga, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib turut mengarahkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dipercepatkan pada pertengahan Januari depan.

Keputusan itu diambil dengan tujuan dapat digunakan bagi menampung perbelanjaan terutama anak-anak mangsa memulakan sesi persekolahan awal Januari ini.

Selain daripada pengistiharan dana RM500 juta bantuan bagi mangsa yang kediaman dan kenderaan mereka rosak akibat banjir... Datuk Seri Najib, bertindak tidak mengisytiharkan darurat bencana untuk Kelantan kerana katanya buat masa ini masih belum ada keperluan untuk berbuat demikian selepas mengambil kira implikasi yang akan berlaku.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan umumkan darurat, antara implikasi yang akan timbul ialah pihak insurans akan terlepas daripada bayar ganti rugi pada kerosakan harta benda serta kenderaan yang sudah tentu kosnya adalah tinggi.

MP berpendapat, keputusan Perdana Menteri termasuk pemimpin, kumpulan NGO serta individu-individu yang sanggup meringankan tangan membantu nasib mangsa dengan segera tanpa mengira masa dan juga warna kulit.

Berbeza kalau kita lihat pada beberapa gambar yang tersebar di laman sosial, apabila menunjukkan sikap pemimpin-pemimpin pembangkang dan pelbagai berita mereka yang seperti langsung tidak mahu mengambil kisah. Antaranya seperti dibawah ini...

Apakah ini tindakkan dan sikap pemimpin atau sebagai rakyat Malaysia yang patut dipilih memimpin dan jadikan tauladan untuk kita?




Sebagai kerajaan, pemimpi serta rakyat dan sememangnya Malaysia terkenal dengan sikap keprihatinnya, sudah tentu tindakkan kalian yang rela menghulurkan tangan membantu adalah wajar selain tepat dalam meringankan beban mangsa banjir.

Tahniah kepada kerajaan pusat dan semua pihak yang amat memahami dan prihatin dengan masalah yang sedang dihadapi rakyat

Dalam kesempatan ini, MP turut tertarik dan mengambil kesempat mengucapkan syabas kepada sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim atas mencemar duli turun bertemu mangsa banjir, pada hari pertama Segamat di landa banjir dengan tiba-tiba kelmarin dan khabarnya kehadiran baginda ke tempat kejadian itu, tidak disedari mahupun diketahui sesiapa. 'Askod' pun takde? Kami bangga sebagai rakyat Johor.




Daulat Tuanku! Syabas Malaysia!

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.