#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 December 2014

FGVH : 2 Faktor Utama Naikkan Nilai Saham FGV.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, kejatuhan harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) sebenarnya berpunca daripada penurunan harga sawit di pasaran dunia dan bukan disebabkan oleh permasalahan atau salah laku di dalam pengurusan syarikat tersebut. 

Katanya, peneroka dan pemegang saham perlu menyedari 75 peratus perniagaan FGVH bergantung sepenuhnya kepada minyak kelapa sawit yang juga barangan komoditi. 

Oleh itu, beliau menasihatkan peneroka dan pemegang saham FGVH supaya ti­dak menjual kepentinga1n masing-masing wa­laupun ketika ini berlaku penurunan pada kadar RM2.21 sesaham sehingga pukul 5 petang semalam.

Datuk Razali menasihatkan orang ramai agar tidak membandingkan perniagaan yang dijalankan oleh FGV dengan Sime Darby Berhad dan IOI Corp Berhad yang mempunyai pelbagai cabang perniagaan dan perkhidmatan yang lain.

Pemegang saham perlu memahami bahawa jika harga minyak sawit dunia turun sekali gus akan mempengaruhi harga saham FGVH. Proses turun, naik, untung dan rugi ini adalah adat di dalam perniagaan. 

Oleh itu, perancangan masa depan FGVH adalah syarikat berkenaan sedang menanam semula pokok-pokok sawit yang diyakini mampu menandingi syarikat-syarikat perladangan lain apabila pokok tersebut matang pada 2016 hingga 2018 kelak.



FGVH tidak habis-habis mendapat kritikan daripada pihak pemnbangkang sejak syarikat berkenaan telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 June 2012. 


Namun, ramai penganalisa saham percaya kejatuhan saham FGVH adalah bersifat sementara. 

Saham FGVH adalah untuk pelaburan masa hadapan. Harga saham FGVH akan meningkat semula. Ini berdasarkan kepada dua faktor utama.

Pertama, FGV adalah syarikat peladangan yang besar dan kini mengendalikan 343,521 hektar ladang sawit di Malaysia dengan keupayaan pengeluaran 5.2 juta tan buah sawit. 


Ia juga sedang dalam peringkat pengembangan dengan pengambilalihan ladang baru dan peluasan aktiviti hiliran yang mana semua ini memperlihatkan langkah pengembangan perniagaan yang menarik dan mampu menarik minat pelabur untuk menyokong kestabilan peningkatan harga sahamnya.

Kedua, saham FGV juga antaranya turut dimiliki pelabur institusi kukuh dan besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai 13 juta pencarum, Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang mempunyai lebih 10 juta pelabur, Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Persaraan.


Mengulas lanjut, Datuk Razali berkata, langkah untuk menanam semula pokok-pokok sawit itu adalah tepat kerana secara kebetulan banyak pokok sawit FGVH ketika ini sudah tua. Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan bilangan pokok yang terlibat dalam proses tersebut. 

Katanya, dalam masa yang sama kerajaan sedang bekerjasama dengan pelbagai pelabur antarabangsa seperti Indonesia, China dan Rusia bagi mendapatkan maklumat untuk membangunkan FGVH supaya tidak terlalu bergantung dengan barangan komoditi.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.