#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

8 September 2011

Buku Pengukir Nama Johor bukan bukti kukuh untuk Mat Sabu? Guna pulak adik Mat Indera..Baca sini...

Dengan bangganya PAS mengadakan sidang media sebentar tadi dengan membawa Baharum Syah Indera, adik kepada Mat Indera yang juga merupakan pesara tentera dari Kor Perkhidmatan. Sekarang beliau tinggal di Bandar Tun Razak, Cheras. Sebelum sidang media ini diadakan pun, Baharum Shah menyatakan Mohd Sabu ada menghubunginya beberapa kali pada hari raya ke 4 dan ke 5 di mana sewaktu itu beliau masih beraya di Terengganu.


Mohd Sabu dan PAS jangan fikir mereka lebih awal atau lebih pantas mengenal pasti adik beradik Mat Indera untuk dieksploitasi! Baharum Shah juga agak teruja apabila Mohd Sabu memuji-muji arwah abangnya dan menjelaskan bahawa beliau seorang ustaz dan bukan komunis. Mohd Sabu juga mendakwa ada menyimpan kitab-kitab agama karangan Mat Indera.


Perkara itu cukup mengejutkan Baharum Shah kerana beliau sendiri tidak ada buku-buku tersebut dan setahunya Mat Indera tidak ada menulis apa-apa buku agama pun. Apapun Baharum Shah meminta supaya Mohd Sabu tidak lagi menjaja nama abangnya yang sudah dikenali rakyat negara ini tentang penglibatannya dalam aktiviti komunis. 


Begitu juga dengan Suhaizan Kaiat, ahli sejarah PAS yang berjaya menghubungi Johan Shah di Yon Peng untuk diekspolitasi PAS. Tukang Screw tabik spring juga kepada Mohd Sabu dan Suhaizan Kaiat kerana akhirnya berjaya mengeksploitasi ahli keluarga Mat Indera untuk membersihkan tahi yang telah dilemparkannya. Syabas. Eloklah selepas ini Rashid Maidin dan Abdullah CD serta rakan-rakan Rej Ke-10 akan minta PAS iktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan.
Walaupun mereka bermati-matian menafikan Mat Indera adalah komunis berpandukan buku Pengukir Nama Johor, PAS jangan lupa pula untuk membaca buku tulisan Abdullah CD, antara pemimpin utama Regimen Ke-10 PKM yang berpengkalan di Shukirin, Selatan Thailand. Buku bertajuk "MEMOIR ABDULLAH C.D (BAHAGIAN KEDUA): PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10 dengan jelas menyatakan dan mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis di muka surat 115: "Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor."

Menyentuh Peristiwa Bukit Kepong pula, Abdullah C.D dalam bukunya turut menyebut: "Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun."


Dalam bukunya itu juga ada menceritakan bahawa; "Mat Indera menjelaskan pertempuran tersebut kepada massa. Massa rakyat amat terberansang dengan kemenangan pertempuran tersebut. Mereka menyampaikan tahniah dan menghulurkan derma kepada pasukan."

Jadi jelas bahawa jika Abdullah C.D sebagai pemimpin utama komunis Melayu pada waktu itu mengiktiraf perjuangan komunis Mat Indera maka tidak perlu dipertikaikan lagi siapa Mat Indera kerana hanya jauhari mengenal yang mana manikam!!! Tak gunalah PAS berpandukan kepada buku Pengukir Nama Johor kerana PKM sendiri mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis Melayu! Seperkara lagi, mustahil Baharum Shah mahu memburuk-burukkan ahli keluarganya di hadapan media walaupun mereka sedar bahawa Mat Indera tersilap memilih jalan perjuangan!


Sumber dari: SCREWKUAT

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.