#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

14 September 2011

Pakatan kalau dah haram...Macam tu la. Klik, tengok!


Hasrat PKR, DAP dan PAS untuk memuktamadkan rundingan mengenai pengagihan kerusi yang akan mereka tandingi di lima negeri menjelang bulan lepas tidak kesampaian apabila ia dipercayai menemui jalan buntu.
 
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang dihubungi Selasa berkata berikutan kegagalan itu, kepimpinan tiga parti berkenaan di Johor, Pahang, Sarawak, Perak dan Kedah berharap mereka diberi tempoh tambahan untuk menyelesaikan perbezaan pendapat, kebanyakannya berhubung tuntutan bertindih bagi kerusi tertentu.

"Tempoh akhir bagi rundingan itu pada Ogos hanyalah suatu panduan. Beberapa negeri memohon tempoh lanjutan untuk menyelesaikan perkara itu. Ia hanya melibatkan beberapa negeri, bukan banyak," katanya.

Bernama melaporkan, kepimpinan pakatan PKR-DAP-PAS sepatutnya memuktamadkan rundingan mereka mengenai pengagihan kerusi yang akan ditandingi calon masing-masing bagi kerusi negeri dan Parlimen pada pilihan raya umum akan datang menjelang Ogos lepas untuk mengelak tercetusnya perbalahan.

PAS dan DAP dilaporkan berhajat untuk meletakkan calon bagi beberapa kerusi Parlimen yang dimenangi PKR pada pilihan raya umum 2008 kerana penyandang kerusi berkenaan meninggalkan parti itu.

Emmm...tak kemana la perginya puak-puak pakatan haram ni...

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.