RM2.6 wang 1MDB?

20 September 2011

Dr Asri kata lain.. Nik Aziz kata lain??? Klik tengok...

Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 

Katanya, jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan. 

"Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa," katanya. 

Dalam kertas kerjanya bertajuk "Hudud suatu Perbincangan: Tanggapan, suasana dan Keberkesanan", Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat. 

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya. 

Beliau berkata, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara. 
 
Sumber - BERNAMA
 
Kata Kawan:
Dr Asri... Pi la bagitau hal ni kat Nik Aziz tu.... Bagi dia tambah paham sikit.
Kalau tidak pun, buat debat la sama dia... Nik Aziz ada berani ka?
 
 
Reaksi:

1 ulasan :

  1. hmmm... dr asri tu nak kata yg quran dah outdated ka?

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.