Dalam pada kita menyambut hari Malaysia pada 16
Sept, hari ini, janganlah kita lupa kepada kabinet 16 Sept Anwar yang
dicanang di seluruh dunia tiga tahun yang lalu.
Tarikh ini kena ingat kerana ianya
merupakan berlakunya cubaan untuk menjajah pemikiran kita semula.
Kabinet 16 Sept yang hari ini tinggal
kenangan dan diyakini akan menjadi lipatan sejarah buat selama-lamanya
kepada Anwar dan sekutu pembangkang lain yang sehingga ke hari ini
masih termimpikan Putrajaya.
Setelah sekian lama kita bebas daripada penjajahan, rupa-rupanya masih
ada lagi segelintir manusia yang berhati busuk cuba menjajah
pemikiran kita rakyat Malaysia. Biarlah kabinet 16 Sept ini terus
terpahat bersama Anwar.
Tahun ini merupakan “ulangtahun ketiga
kabinet 16 Sept” Anwar apabila beliau mencanangkan seluruh ceruk
negara dan dunia bahawa pada tarikh tersebut sejurus pilihan raya umum
pada 2008 yang lalu bahawa beliau bersama kuncu-kuncunya akan
mengambil alih Putrajaya.
" Tahniah " kepada rakan-rakan dan macai-macainya di dalam pakatan pembangkang yang
haram masih setia menjadi pencacai dan pengampu kepada manusia hipokrit yang
bernama Anwar Ibrahim.
Sungguhpun ditipu dalam peristiwa 16 Sept lalu,
mereka masih taat dan sanggup menjadi pak turut kepada Anwar yang hanya
mementingkan nawaitu untuk menjadi Perdana Menteri.
Masihkah kau ingat???
Mengapa masih ramai percaya dengan kata-kata
retorik si penipu besar ini?.
Sedarlah, wahai pencacai PR...
Anwar tak layak menjadi Perdana Menteri...
Ada akai ka?
0 comments:
Post a Comment