#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 September 2011

Tun M maki Nik Aziz? Klik tengok sini...

Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar, Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu. 

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za”ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr. Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh. 

Dr. Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

Sumber : Bernama 

Kata Kawan:
Haaaa... Apa lagi tunggu Pok Nik? Jalan laaa.... Heheheheee!!!

 
Reaksi:

3 ulasan :

  1. ..jangan haraplah Nik Aziz nak laksanakan Hudud PAS yg ibarat dibuat dgn kaki. Dia sendiri pun masih tidak faham, inikan pula nak laksana. Nak selesaikan masaalah Bazar Tok Guru pun masih lagi kelam kabut, apa lagi nak laksana Hukum Hudud. Itulah sebabnya dia nak lepas tangan, suruh Najib buat.

    Mat Sabun

    BalasPadam
  2. Buat apa Pok Nik nak beratkan kepala peningkan otak undur diri dari politik jalan yg mudah habiskan masa tua relax,main dengan cucu ikut macam Tun dr M tak tau lah kalau nak pegang jawatan dlm politik, kekal sebagai MB ke akhir nyawa. PAS perlukan pemimpin yg bertenaga bukan yg pelupa bila tersepit orang yg salah yg selalu meludah ka langit jatuh atas muka sendiri.

    BalasPadam
  3. Apa la haprak punya nik aziz ni, dia sendiri yang tak mampu nak buat tapi dok salahkan orang lain pulak! Kalau dia kata Mahathir org pertama halang dia buat hudud sebelum karpal Singh, kenapa pulak dia Pegi berpakat dgn karpal Singh yg dah tentu kafir harbi yang bukan setakat tolak hudud tapi tolak agama terus!. Mahathir cuma pertikaikan dari segi teknikal shj kerana perlaksanaan hudud bukan semata2 cukup dgn gubal undang2 hudud sahaja bahkan perlu seiring dengan persiapan yang lain seperti tatacara perbicaraan Dan perlaksanaan hukuman, kesediaan hakim, pendakwa Dan peguam yg terlibat dan juga pendidikan di kalangan rakyat jelata. Jika hudud di laksanakan Tanpa persediaan ianya akn menimbulkan fitnah kpd keadilan Islam. Apa yg n aziz buat sbgai persiapan melaksanakan hudud? Jwpannya TIDAK ADA. Dia cuma berminat menggunakan hudud utk kepentingan politik shj bukan perjuangan agama.

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.