Sepertimana laporan yang tersebar di beberapa ruang media sosial. Di katakan 3 maut akibat sebuah helikopter terhempas dan bertembung dengan sebuah bas di Lebuhraya PLUS berdekatan Kepala Batas, Pulau Pinang KM 38.5 pada jam 3.45 petang tadi.
Sebaliknya apa yang berlaku, ia adalah satu latihan sebagai langkah persediaan kepada PLUS jika kejadian tidak diingini seperti sebuah helikopter mendarat cemas di atas lebuh raya atas sebab-sebab teknikal.
“Sebenarnya itu adalah latihan tuan, kami adakannya dua hari lepas untuk bersedia jika ada helikopter terpaksa mendarat di lebuh raya jadi kami bersedia untuk semua kemungkinan,” katanya.
Syabas kepada pihak PLUS kerana mengadakan latihan sebegitu kerana ia pastinya tidak terfikir untuk sebuah helikopter mendarat di atas lebuh raya PLUS yang begitu sibuk digunakan oleh pengguna lebuh raya setiap hari.
0 comments:
Post a Comment