#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 April 2014

@khalednordin Skim RM6 juta untuk rakyat Johor.



Satu skim baharu akan diperkenalkan membabitkan peruntukkan sebanyak RM6 juta bagi memulakan projek pertanian secara berkelompok dan berskala besar yang turut melibatkan bidang penternakan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, skim tersebut merupakan simpanan terkumpul daripada dana pinjaman industri kecil berasaskan tani dan makanan di negeri ini yang dikendalikan Agro Bank.

“Baki peruntukan terdahulu dilaburkan sehingga jumlah terkumpulnya menjadi RM6 juta yang membolehkan skim baharu diwujudkan.

“Jadi dengan wang ini lebih banyak cabang pertanian dapat dilakukan sekaligus meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pakej Projek Usahawan Lebah Peringkat negeri di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh di Muar, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, peniaga kecil digalakkan membuat pinjaman dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional berbanding Agro Bank.

“Syarat pinjaman Tekun lebih mudah tanpa memerlukan cagaran dengan tawaran pinjaman serendah RM5,000 hingga RM15,000.

“Kita mendapati peminjam Tekun dapat menjelaskan bayaran balik lebih teratur mengikut jadual kerana ada pegawai datang ke rumah setiap minggu memungut hutang,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan Tekun pula akan menawarkan kadar pinjaman yang lebih tinggi secara berperingkat sehingga RM100,000 jika prestasi bayaran baik.

Jelasnya, Agro Bank terpaksa mengambil tindakan menyenaraihitamkan 25 peserta Skim Satu Daerah Satu Industri kerana gagal melunaskan pinjaman mengikut kadar dan masa yang ditetapkan.

“Perkara ini (tidak bayar hutan) disebabkan banyak faktor antaranya perniagaan yang dilakukan tidak berjaya, masalah kesihatan, bencana alam dan sengaja tidak mahu bayar hutang.

“Kita mahu peminjam mempunyai rasa tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman kerana boleh menjejaskan peluang orang lain untuk memulakan perniagaan,” katanya. 
-Sumber


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.